`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, January 17, 2015

Kerajaan Negeri Selangor akan mempertimbang untuk menawarkan pekerjaan kepada Mejar Zaidi Ahmad


KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor akan mempertimbang untuk menawarkan pekerjaan kepada Mejar Zaidi Ahmad yang dibuang kerja.Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata demikian sebagai mengulas tindakan Kerajaan Pulau Pinang yang menawarkan pekerjaan kepada Zaidi, lapor Selangor Kini.

“Kita boleh mempertimbangkan untuk menawarkan pekerjaan kepada beliau,” katanya dalam sidang media di SUK, hari ini. Beliau turut mengalu-alukan hasrat Mejar Zaidi untuk menyertai Pakatan Rakyat.

Katanya, adalah hak individu dalam sistem demokrasi untuk menyertai mana-mana parti.Beliau yang juga Timbalan Presiden PKR percaya Mejar Zaidi mempunyai peranan untuk menyuburkan sistem demokrasi di negara ini.

Mahkamah Tentera menjatuhkan hukuman buang kerja daripada perkhidmatan Yang di-Pertuan Agong terhadap Mejar Zaidi, Isnin lalu.


Panel lima hakim mahkamah, diketuai Yang Dipertua, Kolonel Saadoon Hassan membuat keputusan itu terhadap beliau selepas mendapati bersalah atas dua tuduhan berkaitan isu dakwat kekal semasa PRU13 lalu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.