`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, January 21, 2015

'Mansuh terus, kos RM5K pelatih PLKN tinggi'

  
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) harus dimansuhkan terus kerana anggaran kos RM400 juta setahun atau RM5,283 untuk setiap pelatih terlalu tinggi, kata Pemuda PKR.

Sedangkan, kata sayap PKR itu, program sama boleh dijalankan oleh sekolah atau universiti dengan kos lebih rendah.

"AMK yakin, jenis latihan yang sama boleh disediakan pada kadar harga lebih rendah.

“Oleh itu, AMK menggesa semua kontraktor yang terlibat dalam menyediakan bekalan untuk PLKN ini didedahkan kepada umum,” kata Pengarah Strategi AMK Akmal Nasir.

Sejak diperkenal pada 2006, seramai 832,712 orang pelatih telah menjalani sesi itu.

Akmal juga berkata, menganggap PLKN penting dan seolah-olah tidak mampu disediakan pihak sekolah dan universiti jelas menunjukkan betapa lemahnya fokus pendidikan negara.
"Semua kebaikan yang boleh didapatkan melalui PLKN boleh juga dicapai jika dikendalikan oleh pihak lain, pada kos yang lebih rendah," kata Akmal.

Dalam kenyataannya hari ini, Akmal berkata, jika PLKN dimansuhkan, penjimatan itu boleh menampung antara satu perlima hingga satu perempat daripada kos Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) sebanyak RM15,000 kepada lebih 25,000 pelajar universiti setiap tahun.

"Atau menyediakan pelbagai bentuk latihan kemahiran kepada anak muda yang tidak terpilih melanjutkan pengajian ke universiti atau memilih untuk bekerja atau memastikan semua sekolah di seluruh negara ada kemudahan asas yang lengkap," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.