`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, January 11, 2015

MCA mahu Ibrahim Ali ditahan kerana menggalak keganasan

Majoriti daripada kira-kira 4.7 juta orang Islam di Perancis memang tersinggung dengan karikatur tetapi mereka tidak keluar dan membunuh sesuka hati kata Ti

KUALA LUMPUR, 11 Januari:

Pengerusi Biro Keharmonian Agama Datuk Seri Ti Lian Ker menggesa supaya pengerusi PERKASA ditahan mengenai komennya berkenaan pembunuhan Charlie Hebdo.

Ti berkata tiada kewajaran dalam membunuh orang tidak berdosa dalam provokasi kecil dan sebab itu Datuk Ibrahim Ali perlu ditahan untuk disoal siasat kerana menggalakkan keganasan dan pembunuhan orang tidak berdosa.

Ibrahim dipetik sebagai berkata: “Inilah yang berlaku apabila anda menghina agama lain, apabila anda masuk campur dengan agama orang lain.”

Ti berkata orang bertamadun tidak perlu ambil peduli kata-kata orang yang taksub seperti Ibrahim kerana mereka hanya inginkan publisiti.

“Tetapi penghinaan terbaru ini terhadap mangsa dan kewajaran lapan wartawan, dua anggota polis dan dua lagi dibunuh dengan kejam adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dan perlu ditolak,” katanya dalam kenyataan.

Katanya walaupun Charlie Hebdo bersalah kerana menghina Islam, majalah itu turut mempersendakan Paus dan juga pihak kerajaan.

“Majoriti daripada kira-kira 4.7 juta orang Islam di Perancis memang tersinggung dengan karikatur tetapi mereka tidak keluar dan membunuh sesuka hati.

“Sebaliknya mereka mereka seperti masyarakat Perancis yang lain mempunyai pekerjaan yang baik, menjadi anggota polis seperti anggota polis yang dibunuh, Ahmed Merabet ataupun pemain bola Piala Dunia terkenal, Zinedine Yazid Zidane.”

Ti berkata Ali sepatutnya menerangkan bagaimana orang ramai termasuk orang Islam di kedai barang Kosher memprovokasi penyerang yang akhirnya mengambil tebusan.

Katanya Ibrahim telah membuat provokasi terhadap penganut agama Kristian dan masyarakat Malaysia bertamadun ketika menggesa kitab injil berbahasa Melayu, dibakar.

“Adakah rakyat Malaysia kemudiannya keluar menembak sesuka hati? Tidak. Ada yang membuat laporan polis manakala ada yang meminta supaya bertenang, menjauhkan diri daripada membalas dan memohon supaya tiada kebencian dalam hati Ibrahim.

“Sepatutnya Ibrahim berpendirian sebegini daripada cuba mewajarkan keganasan dan dan pembunuhan.

“Ibrahun Ali sepatutnya mencontohi Perdana Menteri dan Putrajaya dalam mengutuk keganasan itu daripada memberi alasan menggalakkan tindakan seperti tiada undang-undang itu,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.