`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, January 8, 2015

MINTA PERTOLONG ORANG TIDAK DIKENALI,BUKAN SAJA DISAMUN MALAH

Sekumpulan penyamun terdiri daripada tiga lelaki bukan sahaja menyamun seorang wanita, malah seorang daripadanya memaksa wanita malang berkenaan melakukan seks oral.

Dalam kejadian jam 2 petang, 4 Disember lalu, di Kampung Parit Abdul Rahman, mangsa terpedaya dengan tindakan suspek yang meminta pertolongan daripadanya.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, kejadian berlaku setelah mangsa didatangi suspek untuk bertanyakan arah dan menunjukkan lokasi Taman Puteri Indah.



Katanya, selepas itu mangsa bersetuju menghantar suspek ke lokasi dimaksudkan dengan motosikal milik mangsa.

“Dalam perjalanan ke lokasi, suspek mengarahkan mangsa memasuki sebuah ladang kelapa sawit dan kemudiannya menyamun mangsa dengan mengambil kesemua barangan milik mangsa.

“Mangsa yang tidak mengenali suspek diacu pisau dan di situ mangsa dicabul serta dipaksa melakukan seks oral.

“Mangsa kemudian diarah berlari sebelum kesemua suspek melarikan diri,” katanya semalam.

Menurut Din, seorang daripada suspek didapati turut terlibat dengan kejadian ragut yang berlaku di Jalan Mohd Akil, 26 Disember lalu.

Katanya, hasil siasatan, suspek pertama berjaya ditahan yang membawa kepada penangkapan dua lagi suspek di sekitar daerah ini.

“Dengan tertangkapnya ketiga-tiga suspek, kami percaya dapat menyelesaikan dua kes dilakukan kumpulan penyamun ini.

“Daripada ujian air kencing didapati kesemua suspek positif dadah dan direman sehingga 14 Januari untuk siasatan lanjut.

“Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 362 Kanun Keseksaan, Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 377c Kanun Keseksaan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.