`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, January 3, 2015

[PANAS] Jet Rasmi Kerajaan Bawa Rosmah Keliling Dunia (?)


Najib pulang, jet masih keliling dunia

Genap dua minggu, jet VIP milik kerajaan dengan nombor pendaftaran 9M-NAA membuat perjalanan mengelilingi dunia dan mendarat di Bangkok petang ini namun teka-teki mengenai lokasi isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor masih belum terjawab.

Sehingga kini masih belum jelas, siapakah yang menggunakan pesawat tersebut memandangkan suaminya, Datuk Seri Najib Razak sudahpun pulang ke tanah air sejak Sabtu lalu.

Menurut laman penjejak penerbangan Flightradar24, pesawat jet Airbus 319 jet itu berlepas dari pengkalan udara Subang pada 20 Disember dan berlepas ke Honolulu, Hawaii selepas persinggahan singkat di Osaka, Jepun.

Najib dilaporkan bermain gol dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama di Hawaii, namun kemudiannya bergegas pulang apabila mendapat kritikan meluas kerana tiada dalam negara ketika situasi banjir meruncing.

Perdana menteri turut memberitahu media bahawa keluarganya berasa sedih kerana beliau terpaksa memendekkan percutiannya.

Najib tiba di Kota Bharu pada petang 27 Disember dengan satu pesawat lain.

Beliau dipercayai dijemput dengan menggunakan pesawat kerajaan di Hong Kong, namun tidak dapat dipastikan bagaimana beliau tiba ke destinasi tersebut dari Honolulu.

Rekod Flightradar24 menunjukkan bahawa pesawat eksekutif Boeing 737 tiba di Kota Bharu pada masa yang sama dengan ketibaan Najib, seperti dilaporkan.

Pada masa tersebut, jet asal yang digunakannya sudahpun berada di Indianapolis, Amerika Syarikat, selepas persinggahan singkat di Los Angeles.

Pesawat itu berada di Indianapolis selama enam hari sehingga 31 Disember, dan kemudiannya berlepas ke Long Angeles, dan seterusnya ke New York, London, Dubai dan destinasi terakhir di Bangkok – dengan perhentian singkat sehingga beberapa jam di setiap lapangan terbang sehingga ia tiba di Bangkok.

Pesawat tersebut mendarat di Don Mueang International Airport, Bangkok pada jam 2.11 petang ini selepas perjalanan semalam 41,900 kilometer dan masih berada di destinasi tersebut ketika berita ini ditulis.

Malaysiakini telah menghubungi Pejabat Perdana Menteri (PMO) untuk mendapatkan penjelasan mengenai perjalanan pesawat tersebut namun sehingga kini masih belum menerima jawapan.

Pesawat 9M-NAA merupakan antara beberapa jet orang kenamaan yang dikendalikan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia.

Dalam kenyataan tahun lalu, PMO menyatakan bahawa jet itu masing-masing melibatkan sebuah pesawat Boeing Business Jet, Global Express, a Falcon 900, dan terbaru sebuah pesawat Airbus.

Menurut kenyataan tersebut, pesawat berkenaan bukan untuk kegunaan eksklusif Najib tetapi juga untuk Yang di-Pertuan Agong, Yang Dipertua negeri, anggota kabinet, tetamu kerajaan dan pegawai tinggi serta orang kenamaan.

Menurut PMO, ia bagi membolehkan individu tersebut membuat perjalanan dengan selamat dan membantu melicinkan tugas mereka. -mk


Najib perlu jelaskan tujuan jet rasmi kerajaan ‘keliling dunia’, kata PKR

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu memberi penjelasan tujuan jet rasmi kerajaan Malaysia, 9M-NAA dipercayai diterbangkan ke beberapa kawasan di Amerika Syarikat, United Kingdom, Emiriah Arab Bersatu dan Thailand dalam tempoh beberapa hari sejak 31 Disember hingga semalam.

Ketua Penerangan Pemuda PKR Lee Chean Chung berkata semakan menggunakan aplikasi 'Flightradar' mendapati pesawat itu terbang ke New York dari Indianapolis, dan ke New York dari Los Angeles, Amerika Syarikat pada 31 Disember, manakala pada 1 Januari, pesawat itu meneruskan perjalanannya ke Dubai, dari London dan Bangkok dari Dubai.


"Nampaknya jet misteri tersebut akan pulang ke Malaysia tidak lama lagi.

"Yang menarik perhatian saya ialah 'misi misteri' ini bergerak ke arah barat dari Indianapolis ke Los Angeles, tetapi kemudian ke arah timur pula dari Los Angeles ke New York. Apakah tujuan penerbangan yang berulang-alik dan pelik itu?" soalnya, dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semambu itu berkata, ketiadaan jet rasmi kerajaan selama 7 hari ketika Malaysia dilanda banjir yang paling teruk dalam sejarah menjadi tanda tanya orang awam dan menimbulkan keraguan masyarakat antarabangsa.

"Tiada pemimpin yang berintegriti akan menggunakan jet rasmi kerajaan untuk bercuti, apatah lagi dalam keadaan rakyat sengsara menghadapi malapetaka yang menyakitkan ini.

"Tambahan pula, jet tersebut boleh ditinggalkan untuk penggunaan 'VIP misteri' untuk terbang ke sana sini sempena pesta Krismas dan Tahun Baru di negara barat," katanya.

Beliau sebelum ini mendakwa, penggunaan jet VIP Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) M53-01 untuk menghantar Najib pulang ke Malaysia, adalah pembaziran kerana beliau boleh balik dengan jet 9M-NAA.

Katanya, ia membazirkan wang rakyat sebanyak RM73,620 sebagai pembayaran kos bahan api.

Lee berkata, wang sejumlah itu sepatutnya boleh digunakan bagi membantu mangsa banjir.

"Jumlah ini belum termasuk kos penggunaan jet asal 9M-NAA yang sudah pasti akan mencecah jutaan ringgit," katanya.

Selaku pengguna jet rasmi 9M-NAA, Lee berkata, Najib wajib memberikan penjelasan tujuan penggunaan jet tersebut, dan adakah ia diguna pakai oleh keluarga atau isterinya.

Beliau juga mahu tahu adakah perbelanjaan pesawat itu akan ditanggung rakyat yang kini menderita akibat banjir ini.

"Saya turut menyeru sesiapa yang mempunyai maklumat dan gambar 'VIP misteri' yang menggunakan jet tersebut supaya membekalkan informasi kepada PKR dan saya untuk pendedahan lanjut," katanya. – 2 Januari, 2015. 
-TMI



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.