`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, January 8, 2015

Pelanggan terkejut jumpa gigi dalam hidangan McDonald's

Big_Mac_combo_meal

KUALA LUMPUR: Seorang pelanggan McDonald’s Jepun terkejut apabila menemui sebatang gigi di dalam hidangan kentang goreng "Happy Meal"nya.

Munurut laporan AFP, ibu kepada seorang anak itu memberitahu sebuah stesen televisyen bahawa pengurus kedai yang datang melawatnya telah memberitahunya bahawa gigi itu telah ‘digoreng’, selepas aduan dibuat mengenainya.

Pelanggan itu mendakwa bahawa McDonalds hanya meminta maaf melalui lawatan pengurus kedai terbabit, di dalam kejadian yang berlaku tahun lepas itu.

“Pengurus itu tidak bercakap banyak mengenai bagaimana ia (gigi) masuk ke dalam (kentang goreng) dan apa tindakan susulan yang akan diambil.

“Saya mempunyai anak kecil dan ia amat menakutkan untuk memikirkan ada kebarangkalian dia boleh termakan gigi itu dan tercekik,” kata pelanggan itu.

Satu siasatan bebas yang diarahkan oleh McDonalds ekoran aduan itu mendapati gigi itu tidak ‘digoreng’.

“Kami tidak dapat memastikan bagaimana ia masuk ke dalam makanan,” kata Naib Presiden Kanan McDonald Jepun, Hidehito Hishinuma memberitahu sebuah sidang media di Tokyo dan memohon maaf di atas insidennya.
McDonald’s juga berkata tiada pekerjanya yang kehilangan gigi di dalam kedai di mana gigi itu ditemui.

McDonald’s berkata kemungkinan pencemaran yang berlaku di kilang Amerika Syarikat yang menghantar bahan makanan tersebut.

Sebelum ini, terdapat beberapa kes pencemaran makanan yang dilaporkan di beberapa kedai syarikat itu termasuk penemuan sekeping plastik vinil di dalam seketul nugget ayam di Misawa.

Turut ditemui adalah plastik keras di dalam ais krim sundae di Koriyama pada bulan Disember.

Mereka juga mengesahkan di sidang akhbar itu bahawa seorang kanak-kanak  yang mengunyah plastik itu mengalami luka di dalam mulut .

Presiden Kanan McDonald’s Holdings Jepun, Takehiko Aoki, telah meminta maaf di atas kejadian-kejadian itu.Awani

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.