`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, January 7, 2015

Shafee: Laporan isu raja judi 'silap'

MALAYSIAKINI


  


Peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menangkis dakwaan bahawa laporan oleh pihak polis berhubung anak guamnya, raja judi warga Malaysia, Paul Phua, merupakan laporan yang tepat.

"Saya tidak percaya begitu, saya berpegang pada apa yang dikatakan oleh ketua polis negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar).

"Kenapa berpegang pada laporan pegawai polis rendah lain?,” katanya sebelum berlalu.

Khalid sebelum ini tidak mengesahkan dakwaan Shafee bahawa terdapat kesilapan di pihaknya.

Kenyataannya berhubung isu tersebut juga dianggap sebagai “penolakan secara lembut” ke atas kenyataan peguam yang dikaitkan dengan Umno itu.

Shafee mendakwa, Phua yang kini menghadapi perbicaraan di Amerima Syarikat, dinamakan secara salah sebagai anggota kongsi gelap 14K dan juga mendakwa organisasi jenayah itu tidak wujud di Malaysia.

Mengulas perkara itu, Khalid memberitahuMalaysiakini bahawa rakyat Malaysia diketahui sebagai anggota pertubuhan tersebut, walau ia tidak beroperasi di negara ini.

Shafee, ketika ditemui selepas satu perbicaraan mahkamah petang ini juga enggan menjawab soalan mengenai perkara itu.

Beliau mendakwa, media membuat tafsiran salah ke atas kenyataannya dalam sidang media hari Sabtu lalu.

Malaysiakini semalam melaporkan bahawa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak merujuk kepada polis sebelum mengutus surat yang mempertahankan Phua kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

Sumber polis juga mempertahankan bahawa laporan mereka tepat dalam isu tersebut.

Khalid bagaimanapun enggan menjawab dakwaan tersebut dan meminta soalan berkenaan diajukan kepada menteri terbabit.

Zahid pula tetap mengunci mulut dalam isu berkaitan surat berkenaan.

Shafee memberitahu media bahawa Zahid mengutus surat tersebut untuk membetulkan keadaan disebabkan laporan yang salah oleh polis.

Surat itu juga mendakwa Phua membantu kerajaan Malaysia dalam soal keselamatan negara.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.