`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, January 8, 2015

SUHU SEJUK MELAMPAU KURANG 17 DARJAH CELSIUS AKAN MELANDA SEBAHAGIAN MALAYSIA



Suhu sejuk melampau akan berulang

Tidak mustahil fenomena cuaca sejuk bakal melanda Malaysia sebelum musim monsun berakhir Mac nanti



KUALA LUMPUR: Musim sejuk melampau dijangka akan melanda Malaysia dalam tempoh terdekat.

Fenomena itu akan dialami oleh penduduk di negeri-negeri Pantai Timur yang baru sahaja menghadapi bencana banjir terburuk dalam sejarah negara pada Disember tahun lalu, lapor Kosmo! Online, Khamis.

Pakar Geografi dan Kajian Iklim Bandar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Shaharuddin Ahmad berkata, fenomena itu bakal melanda negara ini disebabkan dunia berdepan dengan perubahan cuaca secara menyeluruh.

“Ketika ini cuaca sejuk melampau berlaku di Siberia, Rusia. Tiupan udara bertekanan tinggi dari Siberia itu bergerak ke China dan akan membawa cuaca sejuk memasuki Laut China Selatan sebelum bergerak ke negara-negara Asia Tenggara termasuk Malaysia sepanjang musim Monsun Timur Laut.

“Justeru, adalah tidak mustahil fenomena cuaca sejuk ini bakal melanda negara ini sekali lagi dalam jangka waktu tertentu sebelum musim monsun berakhir pada Mac nanti,” ujar Shaharuddin ketika dihubungi Kosmo!

Sehubungan itu, rakyat Malaysia perlu bersedia menghadapi fenomena cuaca sejuk luar biasa tersebut seperti yang pernah berlaku di negara ini pada Januari tahun lalu.

Fenoma tersebut yang melanda pada kira-kira minggu ketiga Januari tahun lalu merekodkan suhu serendah 17 darjah celsius di Kuala Krai, Kelantan dan 19 darjah di Besut, Terengganu. Suhu tersebut disifatkan paling sejuk pernah direkodkan di Pantai Timur sehingga tahun lalu. Rekod bagi tahun-tahun sebelumnya ialah 23 darjah Celsius.

Pada musim tersebut juga, menyaksikan Keningau, Sabah mencatat suhu terendah 17 darjah Celsius, lebih rendah berbanding tanah tinggi Kundasang iaitu 20 darjah Celsius.

Hujan monsun sudah bermula semalam, sepertimana diramal MetMalaysia pada Ahad lalu yang menyatakan bahawa episod hujan monsun dijangka bermula semalam atau hari ini.

Jabatan berkenaan juga menjangkakan hujan monsun musim ini berkemungkinan membawa taburan hujan berterusan selama dua hingga tiga hari di negeri-negeri Johor, Sabah dan Sarawak.

Musim tengkujuh kali ini yang telah bermula pada November 2014 dan dijangka berakhir pada Mac nanti.

MetMalaysia menempatkan pegawainya di Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk memberi perkembangan terkini berhubung fenomena cuaca termasuk episod hujan monsun yang mungkin berlaku.

Sebarang maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa melalui laman web rasmi dan akaun laman sosial seperti Facebook dan Twitter rasmi jabatan tersebut.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari di laman sesawang www.met.gov.my dan laman twitter di https://twitter.com/malaysianmet.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.