`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, January 4, 2015

Video buli: Polis terima empat laporan

Video memaparkan seorang murid sekolah dibuli kini menjadi viral di laman sosial.Video memaparkan seorang murid sekolah dibuli kini menjadi viral di laman sosial.
 
 
ALOR SETAR - Polis Kedah menerima empat laporan berhubung kejadian buli di sebuah sekolah rendah di sini membabitkan lebih lima pelajar dan seorang mangsa yang tersebar dalam laman sosial sejak Jumaat lepas.
  
Ketua Polis Negeri, Datuk Zamri Yahya berkata kes buli itu berlaku September tahun lepas tetapi tiada sebarang laporan polis yang dibuat berhubung kejadian itu sehinggah ia mula menjadi viral di laman sosial.
  
"Rakaman video itu melibatkan lima orang pelajar dan seorang mangsa yang masing-masing merupakan pelajar tahun enam," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
  
[ARTIKEL BERKAITAN: Video murid tahun 6 dibuli jadi viral]

Siasatan Polis Kedah mendapati kejadian buli itu berlaku kira-kira dua minggu selepas tamatnya peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.
  
Menurut Zamri empat laporan polis telah dibuat semalam oleh beberapa pihak yang menonton video klip tersebut di laman sosial.

Berikutan laporan itu, katanya pihaknya telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh tanpa senjata.
  
Beliau turut meminta mana-mana pelajar yang menjadi mangsa buli atau tahu mengenai sebarang kejadian buli supaya melaporkan kepada pihak polis. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.