`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, January 15, 2015

VIP yang peluk Shah Rukh Khan tu tak pulak kena ambil tindakan .. kah kah kah kah ...



Kah kah kah ... nasib baik gadis-gadis yang gedik tu tak jawab, kami ikut big mama, perempuan #1 yang memeluk Shah Rukh Khan, takkan kami tak boleh ikut pulak. Shah Rukh Khan tu maca macam mana pulak .? kah kah kah kha.... UMNO lah katakan ...!
Selain itu, bekas MP, Datuk Zaid Ibrahim pula berkata, kejadian berpelukan juga berlaku semasa satu persembahan konsert oleh bintang Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan.

Beliau mendakwa, JAWI bagaimanapun tidak bertindak kerana acara tersebut dihadiri orang kenamaan, yang tidak dinamakannya.

SAM pula mendakwa;

Sekiranya benar-benar marah dan benci apabila melihat anak-anak dara dipeluk dan cium oleh bukan muhrim, mengapa hanya artis K-Pop menjadi sasaran.

PETALING JAYA: Di sebalik membela artis K-Pop yang didakwa tidak tahu atau faham budaya dan agama tempatan, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengaitkan insiden peluk dengan tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Penyelaras SAMM Johor, Hadzril Ridzal Hussin berkata, sepatutnya kritikan dilemparkan kepada rakyat tempatan terutamanya pelakon yang berani membuat aksi ghairah antara bukan muhrim.

Malah soalnya, kenapa tidak dipertikaikan tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang memeluk jaguh badminton negara, Lee Chong Wei suatu ketika dulu.

”Apa pula reaksi kita melihat gambar Datin Seri Rosmah Mansor memeluk pemain badminton negara, Lee Chong Wei?” soal Penyeleras SAMM Johor, Hadzril Ridzal Hussin.

Beliau menambah: ”Apakah Rosmah dan Chong Wei ini adalah muhrim?”

Kata Hadzril, sekiranya benar-benar marah dan benci apabila melihat anak-anak dara dipeluk dan cium oleh bukan muhrim, mengapa hanya artis K-Pop menjadi sasaran.

“Bagaimana pula dengan aksi Ifa Raziah dalam rancangan Gegar Vaganza yang berpelukan di atas pentas siaran langsung diantara suami orang dengan isteri orang?” soal beliau.

Beliau mendakwa, masalah berpelukan atau sanggup dipeluk di khalayak ramai memperlihatkan kegagalan pendidikan agama dan penguatkuasaan yang bersikap menghukum, bukan mendidik.

“Pengajaran daripada insiden ini adalah hakikatnya kita sendiri leka dalam menitikberatkan kefahaman anak-anak muda kita berhubung hukum-hakam Islam.

“Sudah lama kita biarkan mereka hanyut dengan adegan separa lucah lakonan artis kita sendiri, tindak tanduk pemimpin negara yang berpeluk tanpa mengenal hukum dan sebagainya,” tambahnya.

Ish ish ish .. apapun kita memang tak setuju langsung dengan artis sekarang .. hahahaha.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.