`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, February 22, 2015

Adun DAP YG Dikata Kantoi Berjudi Enggan Komen Lanjut.


Mstar melaporkan ;

Beberapa keping gambar seorang lelaki yang didakwa mirip Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP-Selangor terlibat dalam aktiviti perjudian dengan sebuah kumpulan lelaki semasa Tahun Baru Cina tersebar menjadi viral di media sosial.
Gambar-gambar berkenaan, dipercayai diambil menggunakan telefon bimbit, menunjukkan seorang lelaki dengan bajunya tidak dibutangkan sedang mengedarkan kad poker kepada beberapa lelaki lain di sebuah meja.

Terdapat kad permainan beserta wang tunai di atas meja itu.

Ketika dihubungi oleh sebuah akhbar berbahasa Cina, Adun tersebut mengakui telah melihat gambar tersebut tetapi enggan memberikan komen.
Pengurusan Jawatankuasa Disiplin DAP, Tan Kok Wai berkata, aktiviti perjudian tidak sepatutnya dilakukan di mana-mana pejabat parti itu.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas sama ada parti tersebut turut melarang ahlinya daripada terlibat dalam aktiviti perjudian, sambil mengatakan bahawa belum melihat gambar-gambar yang tersebar di media sosial itu. 




---------------------


Enggan komen maksudnya sah la kan kantoi berjudi ke macam mana?

Andai kata betul, maka dah tahu awak tue wakil rakyat, behave la sikit. Kalau taknak behave kat belakang2, behave la depan2. Tak memasal jadi point. Bodoh. Dan lebih bodoh kalau berjudi dekat pejabat parti. Maka tak memasal jadi modal untuk depa kata DAP support judism. Bodoh kuasa dua lagi.

Lue fikirlah sendiri.

Kbai.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.