`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, February 15, 2015

ANWAR MENGADU SAKIT BELAKANG

Nurul Izzah juga mendakwa bapanya mengalami susut berat badan sedikit.
Nurul Izzah_anwar1_300KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa mengalami sakit belakang dan kehilangan berat badan sejak dimasukkan ke Penjara Sungai Buloh Selasa lalu, kata anak sulungnya, Nurul Izzah Anwar.
Anak sulung Anwar yang juga Naib Presiden PKR berkata, “Ayah mengadu sakit belakang kerana keadaan di dalam sel. Berat badanya juga susut sedikit.”
“Tetapi semangat juangnya tetap tinggi,” katanya, lapor Sinar Harian.
Aduan Ketua Pembangkang dinyatakan semasa Nurul Izzah dan ibunya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Presiden PKR, melawat Anwar di penjara itu pada Jumaat.
Nurul Izzah mendakwa, Anwar juga menyatakan kekesalannya kerana pihak penjara tidak membenarkannya melawat jenazah Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang meninggal dunia Khamis lalu.
Katanya, keluarganya sudah mampu menerima hakikat bahawa Anwar dipenjarakan sekali lagi.
“Kami sekeluarga memang masih terkesan tetapi kami perlu kuat memandangkan ayah sudah berpesan supaya kami tetap tabah dengan apa yang berlaku,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.