`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, February 26, 2015

Banjir: Kelantan Ditipu Lagi? Setakat Ini, Tiada Apa-apa Bantuan Kerajaan Pusat.


Banjir: Kelantan belum terima bantuan pusat

KOTA BHARU: Selepas kes royalti minyak Kelantan, kerajaan negeri pembangkang itu ditipu lagi? Ini kerana, biar pun sudah dua bulan banjir besar berlalu, namun kerajaan negeri sehingga kini belum menerima apa-apa bantuan kewangan daripada kerajaan pusat bagi membantu mangsa banjir.

Demikian lapor Harakah sehingga semalam.

Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, belum ada bantuan secara khusus yang diberi kepada kerajaan Kelantan.

“Cuma bantuan secara umum diisytihar melalui Majlis Keselamatan Negara. Kita berada dalam jawatankuasa pasca banjir bersama.
“Kerajaan negeri hanya menyelaras. Kelantan hanya mampu membina 600 unit rumah kekal dan selebihnya dibina kerajaan pusat dengan segala keupayaan yang ada pada mereka,” katanya di sini.

Menurutnya kerajaan negeri akan menyediakan tanah bagi membolehkan kerajaan pusat membantu mangsa-mangsa banjir yang belum ada lot sendiri. Kata beliau juga kerajaan negeri akan membina 600 unit, di mana separuh daripada jumlah itu dibina Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik).

Beliau berkata, sebanyak RM12 juta diperlukan bagi membina 300 unit rumah kekal, dananya diperolehi daripada Tabung Amanah Bencana Banjir Negeri Kelantan. Selain itu terdapat juga aku janji NGO-NGO yang mahu membina rumah mangsa-mangsa banjir.

Model rumah kekal mangsa banjir ditetapkan kerajaan negeri mengandungi tiga bilik tidur dan dua bilik air dengan keluasan 828 kaki persegi. Harganya antara RM40,000 hingga RM45,000 sebuah. Kerajaan persekutuan pula difahamkan merancang membina rumah dua tingkat seluas 660 kaki persegi dengan harga RM48,000.

Sehingga sekarang kerajaan negeri sedang menyiapkan 18 unit rumah kekal di Kampung Kolam Emas Gua Musang. Selain itu 10 unit di Desa Rakyat, Berangan Mek Nab, Machang sudah disiapkan. Sebanyak 52 unit lagi akan dibina di situ. Penyerahan kunci sembilan unit rumah kekal di Berangan Mek Nab diadakan 20 Febuari lepas. Di Gua Musang sebanyak tiga unit rumah kekal juga sudah siap.

“Kita berharap rumah kekal kepada mangsa-mangsa banjir dapat disiapkan menjelang sambutan Ramadan kira-kira tiga bulan lagi,” katanya.

Berdasar kepada bancian terdapat 2,600 rumah penduduk di Kuala Krai, Gua Musang dan Machang rosak sama sekali akibat bah besar akhir tahun lepas. (IH/Sumber HARAKAHDAILY)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.