`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, February 4, 2015

BEGINILAH SUASANA SAMBUTAN CERAMAH PERDANA BERSAMA ANWAR IBRAHIM RAKYAT HAKIM NEGARA DI KEMAMAN, TERENGGANU MALAM INI.






























Kehadiran tidak sampai pun 500 orang orang .. itulah apa yang diberitahu oleh pemberi maklumat ... jumlah yang paling kecil jika dibandingkan dengan ceramah di Seremban pada 1Hb Febuari lalu dan di Kulim, Kedah semalam... hujan turun agak lebat sebelum ketibaan DSAI. 

Kehadiran kurang 500 orang tidak layak dipanggil ceramah perdana sebaliknya ceramah biasa jer. 

Juga tidak nampak sangat kelibat para penyokong, pendokong dan ahli PAS. 

Maklum malas yang diperolehi menyatakan mengapa PKR memilih Kemaman dan bukannya Kuala Terengganu dalam siri jelajah Ceramah Perdana Rakyat Hakim Negara Liwat II ini? 

Alasanya mudah ... 1)  Kemaman bukan kawasan dan kubu kuat PR sebaliknya tembok kukuh UMNO/BN  2)  Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Terengganu YB Azan Ismail adalah ADUN Bandar Kuala Terengganu dengan kesemua DUN termasuk Parlimennya dimiliki oleh PAS/PKR/PR .. jadi secara logik dan realistik Kuala Terengganulah lokasi yang paling sesuai dan tepat untuk dijadikan lokasi ceramah ini selain jumlah penduduk dan penyokong yang jauh lebih besar dari Kemaman. 

Para pendakap PR di Terengganu sudah pasti maukan jawapan demi pencerahan kerana jika diikutkan dari seruan betapa ceramah ini mungkin ceramah terakhir bersama Anwar Ibrahim tetapi dengan sambutan dan sahutan di berikan cukup menghampakan sekali. 

Siri jelajah "Rakyat Hakim Negara" menjelang keputusan rayuan kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin peluang terakhir penyokong bertemu ketua pembangkang itu, kata Datuk Johari Abdul pada satu sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya pada 29hb Januari 2015 yang lalu bermula di Kota Kinabalu, Sabah pada Sabtu lalu. 

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata siri jelajah yang dianjurkan mulai hujung bulan lalu di 10 lokasi berasingan juga akan memberi penerangan kepada rakyat berhubung isu semasa yang membelenggu mereka. 

“Saya menggesa semua rakyat Malaysia, sama ada ahli parti atau bukan ahli, beri perhatian apa yang berlaku pada 10 Februari, kerana jika Anwar dihantar ke penjara, keadilan tidak ditegakkan,” katanya. 

Siri jelajah seterusnya akan berlangsung di Seremban pada 1 Februari, Padang Serai, Kedah (2 Februari), Kemaman (3 Februari), Bukit Beruntung, Selangor dan Tanjung Malim (4 Februari), Pulau Pinang (7 Februari) serta Johor dan Melaka (8 Februari). 

Acara kemuncaknya dijadualkan diadakan di padang Amcorp Mall, Petaling Jaya bermula jam 6 petang 9 Februari, disusuli perhimpunan di hadapan Istana Kehakiman pada sebelah pagi keesokan harinya. 

Johari berkata, keputusan kes rayuan Liwat II itu penting kerana ia akan menentukan tahap kesediaan rakyat berdepan dengan masa yang getir menjelang tahun-tahun yang mendatang.

1 comment:

  1. Hello Everybody,
    My name is Mrs Sharon Sim. I live in singapore and i am a happy woman today? and i told my self that any lender that rescue my family from our poor situation, i will refer any person that is looking for loan to him, he gave me happiness to me and my family, i was in need of a loan of S$250,000.00 to start my life all over as i am a single mother with 3 kids I met this honest and GOD fearing man loan lender that help me with a loan of S$250,000.00 SG. Dollar, he is a GOD fearing man, if you are in need of loan and you will pay back the loan please contact him tell him that is Mrs Sharon, that refer you to him. contact Dr Purva Pius,via email:(urgentloan22@gmail.com)Thank you


    LOAN APPLICATION FORM:
    =================
    Full Name:................
    Loan Amount Needed:.
    Purpose of loan:.......
    Loan Duration:..
    Gender:.............
    Marital status:....
    Location:..........
    Home Address:..
    City:............
    Country:......
    Phone:..........
    Mobile / Cell:....
    Occupation:......
    Monthly Income:....

    Contact Us At :urgentloan22@gmail.com

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.