TUN MAHATHIR: DAH NANYUK, BERHENTILAH!
Nik Aziz Nik Mat |
Perkara yang berat dan serius ini harus dipertimbangkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Kelantan atau Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan dan juga Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memandangkan orang ini telah mengambil tanggungjawab Allah Subhanahu Wataala dan menyesatkan pengikut-pengikutnya.
Telah diketahui sebelum ini, seorang lagi pemimpin Pas Haji Hadi telahpun mengambil tanggungjawab yang sama dan menafikannya kerana ada tekanan politik dan apabila Menteri Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat memfatwakan solat orang Islam UMNO tiada pahala dan UMNO parti murtad maka ternyatalah mereka sefahaman telah meletakkan kedudukan mereka setaraf.
Saya bukan ulama, tetapi ulama tersohor dan candiakawan Islam yang terkemuka Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria telah menidakkan hukuman Nik Aziz itu dengan menegaskan bahawa kesempurnaan pahala solat merupakan kuasa dan rahsia Allah, justeru manusia yang tidak sempurna sifatnya tidak boleh sesekali mencuba untuk menilai amalan itu.
Katanya lagi, "haram hukumnya jika seseorang menuduh sebuah pemerintah Islam yang selama ini telah memartabatkan kedudukan agama di tempat yang tertinggi sebagai mungkar dan menolak dasar Islam."
Ayahpin |
Masalah besar yang kita hadapi sehingga umat Islam di negara ini berpecah belah, ialah ulama atau ilmuan Islam yang diberikan tanggungjawab untuk menjaga kesucian agama Islam di negara ini juga terkeliru dan takut untuk bertindak segera terhadap mereka yang menyerupai identiti mereka dan mempunyai sedikit sebanyak pelajaran agama, apatah lagi bila berkupiah lebai dan berjanggut.
Dalam soal-soal kecil seperti hukum menghantar kad tahniah kepada perayaan agama lain dan sebagainya, mudah diberikan perhatian dan hukuman, tetapi apabila orang yang bertopengkan agama mengajar ajaran sesat dan mendatangkan malapetaka kepada umat Islam, maka tindakannya amat perlahan, malah tidak berani bertindak, sekalipun pada peringkat menegur.
Inlah yang berlaku terhadap Al Arqam sehingga pertubuhan itu berkembang besar dan hampir tidak boleh lagi di kawal dan walaupun telah diharamkan, sekarang menjadi pertubuhan haram yang kaya raya dengan simpanan berpuluh juta ringgit.
Sudah berapa lama Nik Aziz dengan bertopeng politik menjalankan ajaran sesat, memberi fatwa haram, mempermain-mainkan agama, tetapi ulama-ulama yang bertanggungjawab pun menganggap hal ini hanya sebagai politik sahaja, maka dia dibiarkan bermaharajalela sehingga ke peringkat mengambil kuasa Allah.
Mereka tidak memberikan pertimbangan serius terhadap keburukan yang menimpa umat Islam di negara ini sehinggalah ke peringkat yang amat runcing sekarang ini.
Apa yang perlu disedari oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Majlis-majlis Agama Negeri dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri ialah membiarkan guru ajaran sesat ini bermaharajalela mengkhayalkan sesetengah orang Islam telah mengesahkan Doktrin Marxist (Komunis), bahawa agama adalah candu kepada rakyat. Dia telah menjatuhkan maruah Islam di kalangan bukan Islam di negara ini.
Sewajarnya tidak ada parti agama Islam di negara ini. Jika Parti Islam dibenarkan maka dari segi demokrasi maka boleh ada juga parti-parti agama lain seperti Kristian, Buddha, Parti Ayahpin dan sebagainya.
Bahawa kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara tidak boleh dianggap sebagai istemewa untuk membenarkan Parti Islam wujud, kerana keselamatan dan penghormatan Islam tejamin dengan pengiktirafan kedudukannya yang tertinggi di bawah kawalan Majlis Raja-raja dan Alim Ulama Besar.
MAHATHIR: DAH NANYUK BERHENTILAH
Sementara itu Tun Dr. Mahathir ketika berucap dalam perhimpunan Perkasa di Shah Alam petang ini (6 April 2013) telah mensifatkan Nik Aziz telah nyanyuk bila beliau menyatakan bahawa sembahyang orang UMNO tidak mendapat pahala.
Kata Tun, berhentilah dari bercakap yang mengharu birukan pemikiran dan akidah orang di negara ini.
"Dah nyayuk, berhentilah, cukuplah memecah belahkan umat Islam di negara ini," kata Tun lagi.
Di samping itu, Tun Dr. Mahathir juga telah berseluroh menyatakan bahawa beliau tersilap membuat kediaman Perdana Menteri terlalu cantik, maka itu ada orang berebut-rebut nak ke Putrajaya yang dulunya mereka nak lelong.
"Tak apalah kita beri satu bilik pada Anwar Ibrahim dan dia boleh berkongsi dengan Nik Aziz. Kita buat dinding tebal bagi bilik ini kerana Anwar Ibrahim masih kuat," katanya disambut gelak ketawa bergemuruh lebih 15,000 orang hadirin.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.