`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, February 7, 2015

Berita baik untuk gerombolan tukang hasut perkauman ......

Ibrahim Ali dan seumpamanya. Korang dibolehkan nak kata apa pun kat kaum lain. Menteri dah bagi kelonggaran untuk korang semua, silakanlah.  Batasannya amat mudah sahaja : Jangan bakar depa itu! 

Kenyataan Ismail Sabri tak seburuk tindakan Isis, kata Hishammuddin  


Kenyataan perkauman Datuk Seri Ismail Yaakob terhadap peniaga Cina tidaklah seburuk tindakan yang dilakukan Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis), kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini mempertahankan rakan Kabinetnya daripada terus diserang.

Naib presiden Umno itu berkata, agenda kesederhanaan Malaysia tidak akan terjejas dengan kenyataan menteri pertanian dan industri asas tani itu.
"Jika mahu bercakap tentang kesederhanaan, saya rasa tindakan Isis membakar juruterbang Jordan lebih buruk daripada kes melibatkan Ismail Sabri," kata Hishammuddin pada sidang media selepas merasmikan Simposium Kepimpinan dan Aspirasi Negara (NALS) ke-3 di Kuala Lumpur hari ini.
Katanya, ramai peniaga cuba mengambil kesempatan menjelang pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bermula April ini.‎
"Saya tengok ada hikmah dalam hal ini. Dalam kita hendak ketengahkan GST, ada pihak tertentu yang mengeksploitasikan perkara itu untuk menaikkan harga barang," kata Hishammuddin, merujuk kepada gesaan menteri pertanian dan industri asas tani di Facebook minggu lalu agar orang Melayu memboikot perniagaan kaum Cina.
"Sedikit sebanyak ia menyedarkan semua pihak tidak kira kaum dan latar belakang."
Beliau berkata, perkara itu tidak perlu digembar-gemburkan lagi kerana Kabinet sudah membincangkannya dan bersetuju Ismail tidak ada niat sama sekali untuk bersikap perkauman.
Hishammuddin memberitahu pemberita, pengguna dan pembeli seharusnya memahami hak mereka agar dibela sekiranya berlaku eksploitasi daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.
Kenyataan Ismail di laman Facebooknya itu mencetuskan kemarahan orang ramai selepas beliau membangkitkan isu berbaur perkauman dengan memboikot peniaga daripada kalangan kaum Cina.
Menurut Ismail, saranan itu ditujukan kepada peniaga Cina yang masih enggan menurunkan harga barang walaupun harga runcit minyak sudah diturunkan.
Selasa lalu, Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming mengatakan kenyataan Ismail itu menimbulkan perasaan benci dan dengki dalam kalangan orang Melayu bukan sahaja terhadap peniaga Cina tetapi juga masyarakat Cina secara umum.
Katanya, komen-komen kaum Melayu di laman Facebook Ismail membuktikan kebencian yang jelas dan secara terbuka kepada kaum Cina.
"Ada komen yang menyifatkan golongan peniaga Cina sebagai lintah darat dan menyeru orang Melayu isytihar perang terhadap golongan ini. Ada juga komen yang menggambarkan orang Cina menghina orang Melayu," kata Ong dalam satu kenyataan media.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.