`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, February 21, 2015

Beware the Ides of March



Ini mungkin fiksi atau mungkin juga ianya akan jadi fakta. Kata pendita- wallahu-'alam bissawab.

Kita tengok apa jadi bulan March 2015 ini. Kita mahu lihat sama ada ucapan Dr Mahathir beware the ides of March akan berlaku.

Dalam sejarah Rom, the ides of March ialah tarikh Caesar dibunuh oleh konspirator2 yang terdiri dari lebih kurang 60 senator. Tidak sukar untuk membaca- bila Dr Mahathir menyebut mengenai ides of March- ianya sebagai tempoh Najib disingkir dari jadi PM.

Kita pun hendak lihat jika Najib bukan PM- sama ada dunia akan kiamat. Dunia tidak kiamat ketika Dr Mahathir berhenti. Dan Najib bukan sama kualiti dengan Dr Mahathir.

Kita mahu lihat sama ada Najib boleh bertahan selepas Mach 2015.

Adakah kita ingat keberanian Sirul mahu mendedahkan bahawa dia bertindak atas arahan itu sebagai suatu kebetulan atau coincidence?

Kengganan Sirul berkata apa2 semasa di bicarakan sangat difahami. Manalah tahu, seperti yang disebut oleh Razak Baginda, berlaku pula custodial death keatas Sirul. 

Ini bukan saya kata- ini Razak Baginda yang kata dan Razak Baginda is an honourable man.

Dan ia menakjubkan belum pun lagi Sirul berkata apa2- ketua polis negara berkata Sirul mungkin dipengaruhi untuk bercakap bohong? Jka ya, rakyat mahu tahu dari polis Malaysia yang super-efficient, siapa yang mempengaruhi Sirul?

Dan oleh kerana tidak ada orang Malaysia yang ada akses kepada Sirul- maka bolehlah kita membuat konklusi bahawa orang yang mempengaruhi Sirul mestilah orang Australia.

Celaka betul orang Australia ini kan?

Tapi- boleh atau tidak kita buang keberangkalian, sebelum Sirul cabut lari ke Austarlia- dia telah bertemu dengan orang2 yang berpengaruh dan menceritakan apa sebenarnya berlaku dan mungkin pula membuat kenyataan dan deposisi bertulis? Apa kita hendak buat ketika itu apabila deposisi tersebut, signed dan disaksikan oleh orang2 yang impeccable peribadi mereka, timbul pada bulan Mach ini?

Seperti kata arwah Pak Sako- wow!

Dan yang Dato Najib tidak semena-mena meng-sampahkan kenyataan Sirul mengapa? Ini kes pembunuhan yang mudah seperti yang disebut oleh Razak Baginda dan tidak perlu mengundang respons daripada PM. 

Kita semua tidak lupa, ketika perbicaraan Sirul dan ketua inspector dijalankan, peguam negara dengan segera mengistiharkan tidak ada siapa lagi yang terlibat.

Jadi mengapa Dato Najib melatah mengatakan apa yang Sirul kata ialah rubbish?
Adalah tidak kena Chief Constable negara kita dan PM mendahului sesiapa daripada mendengar apa yang Sirul mahu katakan. 

Orang yang pasti dimatikan, mungkin mahu menyelamatkan rohnya. 

Kita kena beri peluang kepada Sirul.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.