`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, February 6, 2015

Boikot Peniaga Cina atau Gertak Kartel dan Taikun Kaya Monopoli Lesen Import, Bisnes & Perniagaan di Malaysia?

Perniagaan Cina



Boikot Peniaga Cina atau Gertak Kartel dan Taikun Kaya Monopoli Lesen Import, Bisnes & Perniagaan di Malaysia? : Dato Sri Ismail Sabri satu nama yang tidak asing lagi di bibir penganalisis politik dan rakyat marhaen yang cukup dekat dengan gelombang kenaikan harga barang di Malaysia. Acapkali ketika Dato Sri Ismail Sabri berhujah tampak ada titik persamaan dengan Hasan malek dan Ahmad Maslan. Ada lagi yang tertinggal figura politik yang begitu dekat dengan ketiga pemimpin politik ini?

Masih ingat lagi anda dengan idea menteri melalui LKIM yang mahu kotak ikan plastik ditukarkan kepada kotak ikan berinsulasi yang jauh lebih membebankan peniaga? Akhirnya idea tersebut menjadi “flip flop“

Hari ini, Ismail Sabri tampil menjadi hero dengan mahu membela nasib rakyat Malaysia dengan cara memberikan amaran kepada peniaga mengikut kaum.

Tetapi…..pernah atau tidak Ismail Sabri terdetik untuk berfikir sejenak bagaimana untuk mengurangkan kos peniaga di Malaysia?

Jikalau peniaga sanggup untuk menurunkan harga dek kerana harga minyak. Mengapa pula TNB tidak sanggup untuk turunkan tarif elektrik TNB walaupun berjaya catat untung bersih RM6.4 bilion tahun 2014.
  • Harga gula satu dunia sudah jatuh merudum, tetapi mengapa harga gula di Malaysia tidak mahu turun sama? Mengapa kerajaan Malaysia masih lagi bersetongkol dengan taikun dan oligarki taikun apabial mengawal pengimportan gula dalam negara kita Malaysia?
  • Harga minyak turun, tarif elektrik TNB tidak mahu turun?
  • Harga beras di Singapura (Beras Basmathi) lebih murah daripada beras Basmathi di Malaysia. RM55 untuk setiap 5 kg di Singapura. Di Malaysia?
  • Di Singapura tiada kartel beras
  • Di Malaysia, jikalau mahu import beras dikawal oleh kartel yang cukup berkuasa menentukan berapa keuntungan yang mereka mahu perolehi atas nama kuasa monopoli yang sudah tentu Ismail sabri sedia maklum tentang itu
  • Tetapi ada amaran yang kedengaran sehingga ke hari ini?
    Kemudian Berita Semasa mahu pulangkan persoalan ini kepada Ismail Sabri, mengapa di Singapura harga simen buatan Malaysia 50 Kg dijual RM15-RM16 untuk setiap beg
  • Tetapi mengapa di malaysia simen buatan Malaysia dijual RM20 bagis etiap beg? Mengapa?
  • Bolehkah Ismail Sabri jelaskan perkara ini?
  • Mengapa dan kenapa harga kereta di Malaysia lebih mahal dibandingkan harga kereta di UK?
CONTOH BERITA DI SINI : Harga Kereta Nasional di Luar VS Harga Kereta Nasional 
di Malaysia Ada Perbezaannya?

Berdasarkan tinjauan pembaca Berita Semasa terhadap ruang undian yang disediakan (DI SINI), 48.9 mengatakan Gejala Monopoli Industri di Malaysia dan Lesen Permit Import Barangan & Produk antara punca utama kenaikan harga barang naik di Malaysia. Bagaimana pula dengan anda?

 

Harapan Berita Semasa Kepada Ismail Sabri : Isu Kenaikan Harga Barang Naik di Malaysia

Tolong berbincang bersama-sama rakan-rakan anda dalam kabinet dengan apa cara sekalipun
  1. Nasihatkan TNB supaya tarif elektrik TB di Malaysia (Setakat hari ini Khairy Jamaluddin antara menteri yang bersetuju)
  2. Nasihatkan Tan Sri Syed Mokhtar taikun kaya bagi mengurangkan harga beras di Malaysia
  3. Nasihatkan juga Tan Sri Syed Mokhtar taikun kaya supaya mengurangkan harga gula di Malaysia
  4. Sila buka pasaran untuk lebih ramai import simen. Buka pasaran
  5. Sila turunkan harga kereta Proton sudah lagi “bukan rahsia besar lagi” harga kereta
  6. Proton di Malaysia menjadi penanda aras bagi kereta-kereta lain yang dijual di Malaysia atas nama survival
  7. Sila nasihatkan bas ekspres seperti Transnasional, SKMK, Mara, Plusliner turunkan tambang bas ekspres mereka
  8. Adalagi yang anda mahu tambah?
P/S : Mengapa Ismail Sabri lebih suka bergayut dengan kera di hutan tetapi anak sendiri di rumah dibiarkan mati kebuluran. Apbila mereka kebulur dimarahi lagi pula. Mengapa?

PP/S : Janganlah anda dilihat bersetongkol dengan kartel dan taikun kaya di atas dan anda pijak satu kumpulan untuk menjadi hero kepada kumpulan yang satu lagi yang merupakan orang kebanyakan yang masih lagi mengharap dan menagih bantuan yang mereka telah amanahkan kepada anda sebenarnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.