`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, February 17, 2015

Bolehkah kita percaya 1MDB?

Image result for 1mdb malaysia

Macam mana kita hendak percaya apa pemimpin kerajaan dan pengurusan 1MDB cakap dan kata?kata orang puteh- 
Oh, what a tangled web we weave, 
When first we practise to deceive!
 

Mungkin kalau Najib bercakap dengan JKKK kampong permatang Keledang- boleh lah. Kebanyakan mereka akan melopong dengar bagaimana bijaksana nya pemimpin mereka melabur duit diluar negara.

Demikian juga, kalau arul kanda bercakap depan budak sekolah tahap 6 bolehlah- mereka pun, seperti ahli JKKK Permatang Keledang, akan terlopong mulut.  Wah- betapa pemimpin negara bijaksana mengukir masa depan yang cermerlang, gemilang dan terbilang.

Hmmm- rasa macam pernah dengan ungkapan slogan ini. 
Ahli dan penyokong UMNO berkata bodoh betul budak Dapig dan penyembah tokong Lim ini- 1MDB ialah pelaburan jangka panjang.

Well, in the long run we are dead.

Sukar kita hendak percaya apa2 yang diterangkan oleh kerajaan atau pegawai 1MDB mengenai 1MDB. Berapa sebenarnya wang 1MDB di simpan di Cayman Islands? Ada baki ke tidak setelah ianya digunakan untuk membayar hutang yang dipinjam dalam Dollar Amerika? Pinjaman mana ynag telah membuat Arul Kanda dan 1MDB menukar fikiran- daripada bayar hutang dengan consortium bank Malaysia sebanyak RM2 billion- baik bayar hutang lain yang did denominasi dalam dollar Amerika.

Soalan nya: hutang mana pulak tu macca?

Tapi nanti- bukankah semua dunia diberihu bahawa wang kita ada RM7-8 billion di Cayman Islands? Jika kita gunakan RM2 billion- ada 5-6 billion lagi yang boleh diguna untuk bayar the other US Dollar denominated loans bukan?  

Sekali masuk ke Malaysia, sekali tak masuk. Mana satu cerita yang benar? Najib sila jawab. JKKK kampong Belimbing dan JKKK Kampung Sri Makmur nak tahu. Arul Kanda kena jawab sebab budak sekolah darjah 6 hendak tahu.

Belum pun kita rungkai ikatan putar belit najib sebagai punahsihat 1MDB dan Arul Kanda- sekali lagi kepala kita pening. Arul Kanda kata RM2 billon bukan wang dari Ananda Krishnan. Mungkin dia malu kerana 1MDB macam pinjam dari chettiar. Jika bukan dari Ananda dari siapa?

Jika bukan Ananda yang pinjamkan- apakah tindakan yang pihak bank akan ambil keatas Ananda? Bukankah ketika meminjam RM2billion tersebut, Ananda menjamin pinjaman tersebut melalui syarikat nya Usaha Tegas? 
Sekarang pihak bank mesti tegas keatas Ananda- paksa dia bayar sebab dia yang jamin pinjaman RM2 billion tersebut.

Adakah 1MDB pinjam dari sesiapa tapi bukan Ananda untuk membayar hutang RM2 billion nya? Itu bermakna , 1MDB gali lubang kambus lubang- berhutang untuk bayar hutang.

Abang Mi yang jual satay di Pekan sehari Dong Raub pun boleh buat bisnes macam ini. Kerajaan hanya perlu jamin bon yang Abang Mi terbitkan dan Abang Mi akan jual satay nya di saentero dunia.

Bantulah BUMIputera untuk jadi billionaire! Berhentilah bantu bumiPUTERA.

RM7-8 billion itu pun bukan datang dari hasil business operations. Ianya bayaran pinjaman oleh PetroSaudi atau apa entah. Tapi bayaran tersebut tidak dibawa kembali ke Malaysia. Ia disimpan dalam suatu Segregated Fund yang diurus oleh pengurus dana yang berpangkalan di Hong kong. Saya pun malas nak sebut berapa pulangan hasil dari pengurusan tersebut. Banyak sangat maklumat yang mengelirukan. 
Kerajaan kena buat Kertas puteh nampak nya untuk menrungkai kusut 1MDB.

Punahsihat 1MDB kata- better keep the money in Cayman Islands. Brader Jho Low kata simpan kat sana lagi baik. Bank2 di Malaysia tak boleh pakai.  Bank luarpantai kita di Labuan tidak cukup bagus rupa nya. 
Lagi[un, mustahil standard punahsihat 1MDB sama dengan standard Pehin Taib Mahmud?

Pengurus dana dan bank tempatan tidak cukup standard? Jika tak cukup standard, apa pasal kita bayar gaji jutaan Ringgit kepada beberapa CEO bank milik kerajaan?

Jawapan nya, semua ini tentulah keputusan yang diambil setelah berbincang dengan PUNAHsihat 1MDB- Najib Tun Razak graduan dari University of Nottingham England tersebut.

Hurrah! kata orang puteh.

One theory about the origin of "hurrah" is that the Europeans picked up the Mongol exclamation "hooray" as an enthusiastic cry of bravado and mutual encouragement

satu pagi di Raub Pahang. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.