`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, February 9, 2015

BR1M yang meresahkan – Hj Osama



Setiap tahun saya akan menjadi rujukan warga emas dan perak di kampung. Semuanya bermula bila Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemberian BR1M boleh di semak melalui internet.
Tahun ini, sekali lagi saya menjadi tumpuan. Selayaknya seperti pejabat Hasil Dalam Negeri, hampir 20 kad pengenalan diserahkan kepada saya untuk dikemaskini.
Selesai kemaskini mereka akan bertandang untuk mengetahui status. Ada yang dapat duit datang tersengih-sengih memberitahu. Ada yang menghulurkan duit sebagai balasan.
Tahun ini agak berlainan. Ramai yang datang merungut dan memberitahu duit sehingga sekarang masih belum diperolehi. Di saat harga barang masih tinggi dan duit kehabisan kerana keperluan sekolah.
Mereka berpusing-pusing mengharapkan duit yang dijanjikan. Setakat ini hanya seorang yang dapat duit. Selebihnya datang bertanyakan duit saya dah masuk belum.
Saya bertanyakan hal ini kepada kawan di LHDN. Menurutnya, duit akan masuk nanti. Masanya tidak diketahui bila.
Saya beritahu hal ini kepada mereka, merungut mereka. Hanya itu yang saya mampu lakukan.
Mereka-mereka ini hanyalah penoreh getah, penanam padi dan orang yang pencen. Resah kerana harga getah yang tidak naik-naik walau harga emas naik mencanak, resah kerana padi baru ditabur, banyak duit diperlukan untuk beli racun dan baja.
Saya mohon kerajaan memberi perhatian kepada mereka. Janganlah hanya memandang mereka sebelah mata. Mereka hanya mahu hidup, bukannya memerlukan projek yang bernilai jutaan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.