`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, February 5, 2015

Gula DIkawal Melayu 100% Tapi Masih Mahal????????????



Izinkan Tulang Besi menghuraikan sebab sebenar naiknya harga gula di Malaysia kepada RM2.84 sekilo.

Juga, Tulang Besi akan menghuraikan bagaimana Bangsa Melayu ditipu dalam isu kenaikkan harga gula.

BENARKAH MAHU MENGAWAL KENCING MANIS?

Najib Tun Razak memberitahu umum bahawa beliau membuang subsidi gula kerana mahu mengurangkan kadar kencing manis di kalangan rakyat Malaysia.

Alasan ini adalah tidak lain hanyalah jual ubat Najib dan UMNO semata-mata. Hakikatnya adalah jauh sebaliknya.

Sepanjang yang Tulang Besi kaji, kencing manis ini terjadi kerana faktor genetik (sila rujuk sini)

Tidak ada sumber yang Tulang Besi jumpa mengaitkan pemakanan gula dengan kencing manis. Arwah bapa Tulang Besi adalah kurus dan tidak makan banyak gula. Tapi akhirnya meninggal dunia akibat komplikasi kencing manis.

Sekali lagi Dato Najib jual ubat kononnya kencing manis disebabkan pemakanan gula yang melampau.

KENAIKKAN GULA APABILA MELAYU MENGAMBIL ALIH PENTADBIRAN GULA DI MALAYSIA

Selepas Merdeka, ada dua syarikat yang mengawal hal ehwal gula serta mendapat AP dari kerajaan untuk mengimpot gula mentah. Pemilik2 syarikat ini adalah dari kaum Cina. Syarikat2 itu adalah:

1.0 Malaysian Sugar Manufacturing (MSM) yg sebelum ini dimiliki oleh Robert Kuok
2.0 Central Sugar Refinery yang dimilik oleh MUI Group (yang kilangnya tersergam di Batu Tiga Shah Alam)

Namun, kedua2 syarikat gula ini sekarang ini telah pun diambil alih oleh syarikat2 milik orang Melayu. Ia adalah:

1.0 MSM - dimiliki oleh FELDA Ventures (Melayu)
2.0 CSR - dimiliki oleh Syed Mokhtar Bukhari melalui Tradewinds

Ertinya, kenaikkan harga gula baru2 ini tiada kena mengena dengan tuduhan blogger2 UMNO kononnya ia adalah sabotaj kaum Cina yang biasanya menjadi pembekal.

Kenaikan melampau harga gula baru2 ini adalah hasil kerja tangan bangsa Melayu sendiri 100%

SEBAB SEBENAR HARGA GULA NAIK

Pertamanya, gula di Malaysia 99% diimpot dari luar negara. Malaysia tidak mampu menghasilkan gula mentah sendiri.
Yang menjadi sebab naiknya harga gula adalah kerana ia diimpot dengan harga 10% lebih mahal dari harga pasaran.

Perkara ini telah dinaikkan di Parlimen sejak bulan Februari 2012.

Di mana masa itu Kerajaan Malaysia melalui syarikat2 ini telah mengimpot gula dengan harga 10% lebih mahal dari harga pasaran.

Pada bulan Januari 2012 Malaysia telah membeli gula mentah dgn harga USD26 per 46 kg sedangkan di kala itu harga pasaran adalah USD23.45 bagi 46 kg.

Perumpamaanya adalah bila seorang itu masuk kedai dan bertanya berapa harga barang. Tuan punya kedai kata harga barang adalah RM23. Orang itu keluarkan RM26 dan membayar harga barang.

Betapa bodohnya bunyi orang itu tapi itulah yang dilakukan oleh pemegang2 AP bangsa Melayu yang kedua2 di bawah kawalan UMNO.

Oleh kerana kontrak adalah 3 tahun bermaksud Malaysia telah rugi RM64 juta x 3 tahun = RM 192 juta.

Ini adalah salah satu bukti kebodohan bangsa Melayu. Beli gula dengan harga lebih tinggi dari harga pasaran.

BANGSA MELAYU YANG PALING MENDERITA DGN KENAIKKAN HARGA GULA

Oleh kerana Najib dah tarik subsidi gula sepenuhnya, maka harga pasaran gula + harga kerugian akibat kebodohan UMNO terpaksa dibayar oleh rakyat.

Sepatutnya gula paling tinggi pun RM2.40 sekilo sekarang jadi RM2.80 sekilo akibat kebodohan dan korupsi bangsa Melayu UMNO ini.

Orang Cina kurang makan gula berbanding Melayu. Buktinya orang Cina minum teh mereka tanpa gula berbanding bangsa Melayu

Ertinya peniaga2 Melayu yang paling menderita memandangkan hampir semua makanan Melayu ada gula.

Hasilnya peniaga2 makanan Melayu akan ramai bangkrap terutamanya peniaga2 kecil.

Tapi apa yang UMNO peduli.

Melayu mudah ditipu. Kroni UMNO buat duit atas angin dgn harga gula dan Melayu kelas bawah tutup kedai.

HIDUP MELAYU!!!! HIDUP UMNO!!!!

TULANG BESI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.