`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, February 12, 2015

Hairan.. Anwar dipenjara tapi Saiful tidak di dakwa.. kenapa?


Baca dan fahamkan apa yang Presiden Majlis Peguam Christopher Leong ni bangkitkan tentang kes Anwar Ibrahim ni..

..... Persepsi yang Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang dianiaya menerusi kes Liwat II beliau didorong "anomali yang amat nyata," termasuk tiada tindakan dikenakan terhadap pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, kata Majlis Peguam.

Presidennya Christopher Leong berkata, pertuduhan terhadap Anwar dibuat berdasarkan peruntukan Kanun Keseksaan yang jarang digunakan.

"Oleh itu, adalah luar biasa Anwar didakwa dan disabitkan dua kali bagi kesalahan yang dikatakan perbuatan seks antara orang dewasa, di mana pertuduhan itu tidak mengandungi unsur-unsur paksaan.

"Kita hidup dalam dunia yang aneh. Anomali yang ketara ini didorong persepsi yang Anwar dianiaya, dan bukan didakwa," kata Leong dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur.

Mahkamah Persekutuan semalam menolak rayuan sabitan Anwar dan mengekalkan hukuman lima tahun penjara terhadapnya atas tuduhan meliwat Saiful di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada Jun 2008.

Anwar didakwa di bawah Seksyen 337B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika disabit kesalahan.

Ia dibaca bersama Seksyen 337A Kanun Keseksaan, yang mensabitkan kesalahan liwat dan seks oral.

Leong berkata, apa yang ketara ialah Anwar tidak didakwa di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan dengan liwat paksa atau rogol liwat, walaupun semasa prosiding kelihatan seperti terdapat tuduhan mengenai unsur paksaan.

"Boleh dikatakan, Anwar disabitkan atas satu kesalahan, dihukum penjara sehingga lima tahun, dan akan hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen dalam satu pertuduhan kesalahan yang seperti tiada mangsa terlibat.

"Ini juga menimbulkan persoalan atau kebimbangan, mengapa pengadu, yang dikatakan turut melakukan perbuatan liwat itu, tidak didakwa kerana bersubahat mengikut Seksyen 377A dan 377B, dibaca bersama Seksyen 109, Kanun Keseksaan," kata Leong lapor The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.