`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, February 24, 2015

Ini Jawapan Kementerian Kesihatan Kenapa Klinik Bakal Calon PRK Permatang Pauh Diserbu.


Kementerian Kesihatan mengesahkan serbuan yang dijalankan di klinik swasta di Permatang Pauh pada Isnin tidak bermotifkan politik.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, serbuan itu dijalankan susulan aduan yang diterima berkaitan perkhidmatan kesihatan yang disediakan kerana ia tidak mendaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC).
Seorang doktor yang juga bakal calon Bebas untuk kerusi Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya kecil kawasan itu melaporkan perkara itu dengan mendakwa pihak berkuasa kesihatan negeri merampas data pesakitnya.
Beliau mendakwa, klinik itu tidak dapat beroperasi ketika ini kerana data semua pesakit diambil dalam serbuan itu dan pihaknya tidak menyimpan salinan data itu.
Noor Hisham berkata, pasukan penguatkuasaan ke klinik itu untuk mendapatkan bukti terhadap aduan yang diterima pihaknya.
“Kementerian bertanggungjawab memastikan keselamatan dan kuasa perkhidmatan kesihatan yang disediakan bukan saja membabitkan kemudahan yang disediakan kerajaan, malah pihak swasta,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan Dr. Abdullah Zawawi Samsudin, 47, (gambar)  yang mungkin bertanding dalam PRK Permatang Pauh sebagai calon bebas mendakwa, tindakan itu menyebabkan kliniknya tidak dapat beroperasi kerana semua data pesakit telah diambil tanpa salinan.
Beliau berkata, keadaan itu boleh mendatangkan risiko kepada pesakitnya jika kliniknya beroperasi.
“Saya kesal kerana diperlakukan seperti seorang pengganas dan saya percaya tindakan ini bermotif politik untuk menyerang peribadi saya dan merosakkan perniagaan saya.
“Perbuatan ini jijik, kotor dan menjatuhkan reputasi saya di hadapan kakitangan saya,” katanya 18 Februari lalu. -AG.
----------------- 
Persoalannya sekarang, perkhidmatan yang dijalankan oleh klinik berkenaan berdaftar atau tidak dengan MMC? Aduan itu valid atau fitnah? Apa keputusan siasatan hasil dari serbuan berkenaan? Kenapa tiada sesiapa yang mengulas hal berkenaan? Itu yang paling penting kot. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.