`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, February 17, 2015

Jaip gempur lokasi maksiat

  • Jaip gempur lokasi maksiat
 1 / 1 
KUANTAN - Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) melakukan serbuan ke beberapa lokasi  di sekitar bandar ini yang dikenal pasti menjadi tumpuan segelintir individu untuk melakukan aktiviti tidak bermoral,kelmarin.

Operasi yang dilakukan sempena Ops Kekasih itu turut melibatkan lokasi tumpuan mak nyah, premis judi, hotel bajet, kawasan rekreasi dan tempat-tempat awam.

Hasil operasi cegah maksiat itu, 31 pasangan ditahan kerana disyaki berkhalwat di hotel bajet, tiga mak nyah yang dipercayai sedang mencari pelanggan dan 19 kaki judi.

Pengarah Jaip, Datuk Mohamad Noor Abdul Rani berkata, operasi selama enam jam bermula jam 5 petang kelmarin itu disertai kira-kira 60 anggota penguatkuasa Jaip.

Menurutnya, sasaran melibatkan beberapa lokasi termasuk Jalan pasar yang dikenal pasti menjadi sarang golongan mak nyah mencari pelanggan, hotel-hotel bajet sekitar Jalan Wong Ah Jang dan premis judi nombor ekor yang dikesan menjadi tumpuan kaki judi beragama Islam.

“Kita dapati, golongan tersebut amat amat sensitif apabila ramai yang bertempiaran lari sebaik sahaja menyedari kehadiran anggota penguatkuasa,

“Bagaimanapun hasil intipan lebih seminggu di lokasi yang dikenal pasti, kebanyakan mereka berjaya ditahan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mohamad Noor berkata, pihaknya mengenal pasti lokasi yang diserbu itu menjadi ‘port’ tegar kaki judi selain lorong untuk golongan pondan mencari pelanggan dan pasangan kekasih melampiaskan nafsu.

Beliau berkata,  individu dan pasangan kekasih yang ditahan berusia lingkungan 16 hingga 60 tahun dan ada antara mereka terdiri daripada pelajar sekolah dan penuntut institusi pengajian tinggi.

“Ada di antara mereka berasal dari negeri lain namun sanggup datang ke bandar ini semata-mata mahu melampiaskan nafsu di hotel bajet tanpa memikirkan dosa yang bakal ditanggung.

“Alasan lapuk terus  diberikan antaranya tertinggal bas, sudah bertunang dan cuma menumpang tidur sedangkan mereka sebenarnya mengambil kesempatan berdua-duaan dengan pasangan masing-masing,” katanya.

Menurutnya, lebih menyedihkan apabila ada di kalangan mereka tanpa segan silu bercumbu secara terbuka di tempat awam.

Mohamad Noor berkata, semua individu yang ditahan itu dibawa ke Pejabat Jaip, di sini untuk urusan dokumentasi dan sesi kaunseling sebelum dijamin ahli keluarga masing-masing.

“Saya tegaskan bahawa menyambut Hari Kekasih adalah haram dan boleh terjerumus dalam lembah maksiat hingga mendatangkan pelbagai kemudaratan seperti lahirnya bayi luar nikah dan keruntuhan akhlak,” katanya.

Beliau berkata, kaki judi dan pasangan yang berkhalwat boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen  26 serta 32 Kanun Jenayah Syariah 2013 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“Sementara mak nyah pula dikenakan tindakan mengikut  Sesyen 33 iaitu iaitu kesalahan lelaki berpakaian seperti wanita.

“Jika sabit kesalahan  mereka boleh didenda RM1,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.