`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, February 20, 2015

Jelajah Isu Gentel Puting Tetek Saiful: KJ & Shafee Dikritik Menteri Di JPM


Bahas dengan Majlis Peguam, tak perlu jelajah negara, kata menteri

Jika sebelum ini pemimpin pembangkang yang membantah rancangan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menjelajah seluruh negara bercakap mengenai kes mahkamah Datuk Seri Anwar Ibrahim, terbaru seorang pemimpin kerajaan persekutuan juga menyuarakan ketidakpuasan hatinya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Nancy Shukri hari ini mencadangkan peguam yang dilantik mengetuai pendakwaan kes Liwat II Anwar itu mengadakan perdebatan terbuka dengan salah satu pengkritik utamanya iaitu Majlis Peguam.

Nancy yang bertanggungjawab di Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang JPM itu berkata, beliau secara peribadi tidak setuju cadangan Shafee untuk menyertai jelajah itu yang diumumkan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pada satu forum Selasa lalu.

"Biar orang ramai dengar mereka (berdebat). Lakukan sekali dan cukuplah. Kemudian Shafee tidak perlu pergi ke sana sini lagi," katanya kepada media pada sambutan Tahun Baharu Cina Sarawak United People's Party (SUPP) di Kuching, Sarawak hari ini.

"Saya lebih setuju kita (kerajaan persekutuan) tidak perlu lakukannya lebih-lebih sangat. Nampak tak elok (untuk kerajaan dan Shafee)."

Nancy berkata, tindakan Shafee menyertai program memberi penerangan mengenai kes Anwar yang sudah diputuskan Mahkamah Persekutuan itu mungkin akan mendatangkan kesan yang sebaliknya di mana "orang ramai mungkin akan bersimpati pula dengan Anwar."

Bekas Presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, tidak pernah terjadi seorang pendakwa raya menyerang tertuduh selepas mahkamah selesai menjatuhkan hukuman.

Katanya, ia tidak berniat baik dan tidak wajar dilakukan kerana Anwar yang kini berada di penjara tidak dapat mempertahankan dirinya.


Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty Eric Paulsen berkata, tindakan Shafee yang terus-terusan menyerang Anwar itu hanya menunjukkan beliau seolah-olah “tukang pukul” bagi pihak Umno yang berdendam.

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengatakan program jelajah itu membahayakan masa depan negara sementara Pemuda PKR mengatakan ia cubaan terdesak Umno memenangi kepercayaan rakyat.

Menerangkan keputusan Shafee itu, Nancy berkata: “Shafee tidak mahu lakukan. Kerajaan tidak minta beliau melakukannya. Dia melakukannya kerana terdapat permintaan daripada badan bukan kerajaan (NGO).

"Rakyat mahu dengar fakta kes daripadanya. Mereka tidak boleh membaca penghakiman itu sebab ia terlalu panjang."

Katanya, mereka juga tidak dapat mengetahui fakta sebenar dengan membaca apa yang tertulis di media sosial, terutama yang ditulis golongan pro pembangkang.

Nancy juga berkata, kerajaan berada di kedudukan yang sukar kerana ia sesuatu yang di luar kawalan sekiranya NGO mahu Shafee berucap.

"Kita (kerajaan) tak boleh halang dia. Dia bertanggungjawab memberitahu rakyat apa sebenarnya terjadi. Selama ini, orang meraguinya kerana apa yang dilakukannya.

"Dia pun dalam keadaan yang sukar – nak buat atau tidak." -TMI


Road show liwat II: Rafizi cabar KJ debat

SHAH ALAM - "Saya akan cabar KJ berdebat mengenai kes ini," demikian reaksi Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli merujuk 'road show' sesi penjelasan mengenai kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, Khairy perlu berani untuk bercakap dengan PKR bukannya 'syok sendiri'.

"...jangan berani bercakap seorang tetapi tidak berani berdepan dengan kami," katanya.

Semalam, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, ada pihak yang mempertikai mengapa Umno atau kerajaan pimpinan BN perlu memberi penerangan mengenai kes itu.

Pendedahan itu didakwa dibuat selepas enam tahun dituduh sebagai perancang 'konspirasi politik' terhadap Anwar. -SH

Liwat II: Hanipa sedia debat dengan Shafee, KJ

Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanifa Maidin sedia untuk berdebat dengan peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhubung kes Liwat II melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hanipa yang juga peguam PAS itu berkata beliau juga bersedia berdebat dengan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mahu menjelajah ke seluruh negara bagi memberi penerangan berhubung kes itu.

"Saya merasa terpanggil dan Insya-Allah bersedia menyahut cabaran Shafee atau ketua Pemuda Umno dan bersedia untuk berdebat atau berwacana sama ada dengan Shafie sendiri atau Ketua Pemuda Umno Malaysia berkaitan isu tersebut.

"Maka saya berharap jika respon saya ini mendapat respon balas daripada mereka berdua mudah mudahan satu sesi perdebatan terbuka akan diadakan berkenaan isu tersebut," katanya dalam kenyataan media.

Semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, beliau bersedia menyediakan platform untuk sesi debat terbuka antara Shafee Abdullah dengan pihak yang mempertikai keputusan kes liwat Anwar.

Selasa lalu, Shafee yang merupakan pendakwa utama dalam perbicaraan Liwat II mendedahkan pelbagai butiran sensasi berhubung kes itu dalam program anjuran Pemuda Umno di Kelana Jaya.

Malah, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam ucapannya di program tersebut berkata BN tidak akan berdiam diri lagi dalam kes liwat itu.

Walaupun Mahkamah Persekutuan telah menjatuhkan hukuman terhadap Anwar, namun Hanipa berkata beliau mendapati ada sesuatu yang "tidak kena" dalam kes itu apabila Shafee terus mengeluarkan kenyataan menyerang Anwar yang juga ketua pembangkang.

Justeru, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu mencadangkan supaya debat itu perlu diadakan di mana-mana universiti awam dalam negara.

Hanipa juga mencadangkan ia disiarkan secara langsung oleh RTM atau TV3 supaya memastikan seluruh rakyat mendapat maklumat tentang debat itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.