`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, February 2, 2015

Kelab Malam Pusat Maksiat Dibongkar Lagi, 100 Pelacur?

 Sebahagian daripada 100 wanita warga asing dari pelbagai negara yang dipercayai menjadi mangsa eksploitasi seks berjaya dibongkar dalam satu serbuan di sebuah kelab malam di Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur lewat malam kelmarin.

KL: Kelab Malam yang berfungsi sebagai pusat maksiat di negara ini terbongkar lagi. Seramai 100 wanita warga asing yang menjadi mangsa eksploitasi seks bagi melariskan perniagaan telah diserbu di sebuah kelab malam di Jalan P. Ramlee di sini malam kelmarin.

Kegiatan itu terbongkar selepas sepasukan anggota polis Bahagian Kongsi Gelap, Judi Dan Maksiat (D7) Bukit Aman melakukan serbuan mengejut di premis itu pada pukul 11.45 malam.

Ketika serbuan dilakukan, kesemua wanita berusia 20 hingga 30-an dari pelbagai negara tersebut sedang leka melayan pelanggan terutamanya pelancong asing.

Difahamkan, kelab malam tersebut menawarkan khidmat wanita seksi bagi menarik minat pelancong dengan memberi pelanggan peluang mendekati wanita itu sebelum membayar antara RM500 hingga RM1,000 bagi khidmat seks.

Ketua operasi Bahagian Maksiat, Bahagian Kongsi Gelap, Judi Dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Asisten Superintendan Ooi Chong Lai berkata, siasatan awal mendapati kesemua wa­nita tersebut dipercayai menjadi hamba seks selepas diperdaya tawaran pekerjaan yang menjanjikan gaji lumayan. (IH)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.