`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, February 14, 2015

KENYATAAN MEDIA FAEKAH HUSIN

www.freemalaysiatoday.com_wp-content_uploads_2011_02_faekah-husin
PKR PERLU MUHASABAH DIRI, HENTI SIKAP TUDING JARI
Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu berhenti menuding jari  kepada orang lain bagi permasalahan dalaman parti yang mereka hadapi.
Sebaliknya pimpinan parti itu harus bermuhasabah dengan melihat permasalahan dalaman ahli parti tersebut dengan jujur, bijak dan matang.
Reaksi pantas parti tersebut terhadap demontrasi ahli parti mereka yang meminta PKR melantik Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Ketua Umum PKR bagi menggantikan Datuk Seri  Anwar Ibrahim membuktikan parti itu semakin nazak dan amat terdesak.
Malah, Tindakan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil yang dengan mudah dan tanpa rasa bersalah menuduh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai dalang tersembunyi di sebalik demontrasi tersebut lebih kepada tindakan kebudak-budakan bagi menutup kelemahan sendiri.
Tidak cukup dengan fitnah dan penghinaan yang mereka lemparkan terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim selama ini, kini permasalahan dalaman PKR yang kian membusuk pula mahu dipalitkan kepada mantan Menteri Besar Selangor itu.
Selaku seorang negarawan, Tan Sri Khalid Ibrahim terkenal dengan sifat telus dan bertanggungjawa, justeru menuduh beliau sebagai dalang yg bersembunyi adalah satu penghinaan melampau yang dilakukan oleh pimpinan PKR.
Kami menuntut PKR memohon maaf di atas keceluparan pimpinan  mereka yang jelas gagal menegakkan keadilan seperti yang mereka laungkan selama ini.
FAEKAH HUSIN
PEGAWAI KHAS
KEPADA AHLI DEWAN NEGERI PELABUHAN KLANG
DAN AHLI PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.