`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, February 19, 2015

Kes pembunuhan Altantuya: penyiasatan perlu di lakukan semula



Korporal Sirul, salah seorang dari dua orang anggota keselamatan negara yang dijatuhkan hukuman gantung kerana membunuh Altantuya Sharibuu dari Monggolia sudah mula bercakap dengan media. Beliau yang sekarang di dalam tahanan pihak Immigresen Australia telah meninggalkan negara sebelum keputusan Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati keatas beliau dan seorang lagi anggota yang bersama-sama dihukum gantung, iaitu Ketua Inspektor Azilah yang kini berada dalam tahanan negara ini.

Walaupun beliau (Sirul) dalam tahanan di Australia, beliau masih mendapat akses kepada media massa di negara ini kerana beliau diberikan kemudahan berkomunikasi melalui internet dan telefon bimbit. Beliau telah memberitahu portal berita tempatan yang beliau sedang diminta oleh media di Australia untuk ‘tell all’ dalam isu pembunuhan ngeri yang dilakukan keatas Altantuya. Beliau telah memberitahu media sedikit ‘input’ dengan menyatakan yang pembunuh sebenar masih bebas dan berkeliaran di negara ini.

Apabila berita sebegini keluar tentunya ia akan membawa tanda tanya dan kecurigaan rakyat bukan sahaja bagi rakyat negara ini tetapi juga masyarakat antarabangsa. Sirul sempat memberitahu yang beliau adalah anggota keselamatan yang bertindak diatas arahan. Beliau bukan tidak sayang kepada PDRM atau negara tetapi beliau bertindak diatas arahan sebagai anggota keselamatan beruniform.

Satu persoalan penting ialah, siapa yang mengarahkan pembunuhan itu? Isu ini tidak terjawab dalam Mahkamah kerana pihak pendakwa tidak menumpukan tentang motif pembunuhan itu. Ratusan hari perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam tetapi pihak pendakwa tidak pernah bertanya tentang siapa yang mengarahkan pembunuhan itu dan tidak berusaha untuk mendapatkan motif pembunuhan itu.

Motif pembunuhan itu sangat penting kerana yang dibunuh oleh Sirul dan rakannya Ketua Inspektor Azilah itu tidak mengenali mangsa pembunuhan itu dan lojiknya tidak mempunyai sebab mereka berdua melakukan pembunuhan itu.

Walau bagaimana pun Sirul belum lagi membuat keputusan untuk ‘tell all’ itu dan jika beliau membuka mulut dan memberitahu perkara sebenarnya maka negara akan berhadapan dengan satu lagi isu besar yang melibatkan tumpuan rakyat negara kita dan masyarakat antarabangsa.

Buat masa sekarang ini elok tidak di spekulasikan isu ini sehingga Sirul membuat keputusan samada beliau memilih untuk memberitahu segala-gala yang berlaku itu. Jika Sirul tidak memberitahu perkara sebenarnya maka beliau akan terus menjadi buruan pihak keselamatan negara untuk melaksanakan hukuman mati keatas beliau yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan Negara.

Bagi orang ramai, mendapat tahu siapa yang mengaturkan pembunuhan itu atau yang mengarahkan pembunuhan itu dilakukan amat penting bagi mereka. Ini masalah nyawa manusia, bukannya nyawa haiwan liar di hutan.

Orang ramai ingi tahu siapakah yang dikatakan oleh Sirul, pembunuh sebenar yang masih bebas itu. Tiada siapa yang boleh memaksa Sirul membongkar siapa yang beliau maksudkan itu.

Tetapi jika beliau bongkarkan maka banyak persoalan yang ada di dalam benak rakyat yang ramai ini sedikit sebanyak akan terjawab. Lebih baik lagi jika dicari jalan yang halal dari segi undang-undang untuk membuka kes ini kembali dan pihak polis wajar melakukan penyiasatan semula secara terperinci berhubung dengan pembunuhan kejam ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.