`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, February 10, 2015

KOMEN KHUTBAH JUMAAT, EXCO KERAJAAN PULAU PINANG DISIASAT.





Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Seri Khalid Abu Bakar menyatakan siasatan akan dijalankan terhadap Exco kerajaan Pulau Pinang berikutan komennya terhadap khutbah Jumaat mengenai aurat wanita. 

Beliau menambah bahawa exco tersebut akan disiasat dibawah seksyen 298 Kanun Keseksaan. 

Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila membuat komen yang sensitif sehingga boleh menyentuh sensitiviti agama. 

Perkara tersebut disahkan oleh Tan Sri Khalid melalui Twitter rasmi beliau sebentar tadi. 

Seorang Exco Pulau Pinang  mengkritik khutbah Jumaat Jais yang menyentuh mengenai isu tutup aurat bagi mengelakkan daripada dirogol. 

Chong Eng berkata, mesej khutbah Jumaat Jais itu memberi maklumat silap mengenai rogol, menyalahkan mangsa rogol dan menunjukkan berat sebelah lelaki dalam kepimpinan agama. 

“Malangnya, khutbah Jais memberi maklumat mengelirukan, tidak bertanggungjawab, kurang hormat dan jelas berat sebelah lelaki. 

“Mesej tutup aurat langsung tidak membantu mangsa wanita dari segi serangan seksual dan penderaan. 

“Sebaliknya, ia mengalihkan kesalahan dan tanggung jawab mencegah jenayah seksual ke atas mangsa dan bukannya orang yang menyerang,” kata Chong yang juga pengerusi Perbadanan Kemajuan Wanita Pulau Pinang (PWDC) dalam satu kenyataan hari ini. 

Jumaat lalu, Jais menukilkan khutbah Jumaat bertajuk “Aurat: Antara Kebebasan dan Maruah Diri.” 

Dalam khutbah itu, Jais berkata, wanita Muslim wajib menutup aurat bagi mengelakkan daripada diganggu secara fizikal atau mental, bagi mengelakkan fitnah, pandangan jahat dan perkara yang buruk. 

Kejadian seperti rogol, zina dan sumbang mahram boleh dielak jika wanita menutup aurat, menurut khutbah itu. 

Chong berkata, penekanan Jais terhadap aurat wanita dan menyalahkan mangsa menunjukkan kepimpinan agama Malaysia tidak sensitif gender atau memahami isu wanita. 

Beliau menyeru usaha konkrit dilakukan bagi meningkatkan perwakilan wanita dalam semua sektor, terutama kepimpinan agama. 

Chong yang juga wakil rakyat DUN Padang Lalang dan bekas Ahli Parlimen Bukit Mertajam berkata, rogol membabit perkara lebih rumit daripada kegagalan wanita untuk menutup aurat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.