`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, February 9, 2015

KUMPULAN CIMB TUTUP PEJABAT DI AUSTRALIA...APA DAH JADI


Kumpulan CIMB tutup pejabat di Australia



Kumpulan CIMB akan menutup pejabatnya di Sydney dan Melbourne susulan kajian semula strategik ke atas keseluruhan perniagaannya.

Keputusan itu dibuat selepas pengumuman kumpulan itu yang menjalankan kajian bagi mengurangkan kos operasi ekuiti dan perbankan pelaburan di Asia Pasifik sebanyak 30% pada 2015.

"Kami sudah mengkaji secara mendalam ke atas perniagaan perbankan pelaburan kami di Asia Pasifik. Kenyataannya ialah pasaran modal hari ini dan ketiadaan aliran mencukupi secara langsung menjurus kepada keputusan ini," kata Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz (gambar, kanan) dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata platform perbankan pelaburan Kumpulan CIMB di Asia tidak berubah.

Keputusan itu memberi impak ke atas majoriti 103 pekerja CIMB Australia yang akan ditawarkan peluang pekerjaan semula dan sokongan pemberhentian.

CIMB akan menyokong pelanggannya yang mahu mengakses pasaran Australia menerusi pakatan strategik sedia ada dengan Morgans Financials Ltd. – Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.