`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, February 20, 2015

Lagu biadap kutuk Nik Aziz jadi viral

Sama ada benar atau tidak, sebuah klip video lagu yang dikatakan menghina sebuah parti politik pembangkang, kini menjadi viral dan disebarkan melalui aplikasi WhatsApp.

Pengguna aplikasi rata-rata merasakan bahawa daripada lirik lagu berkenaan, ia ditujukan kepada parti PAS apatah lagi ia menyebut perkataan ‘Tok Guru’.

Klip video lagu sepanjang 3.17 minit itu memaparkan gambar Allahyarham Nik Aziz dengan lirik yang mengutuk parti PAS mula tersebar melalui aplikasi WhatsApp. - foto: Facebook

Lirik lagu berkenaan agak pedas ditambah lagi ia turut memaparkan gambar-gambar bekas Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat yang meninggal dunia pada 12 Februari lalu.

Siapa penyanyi lagu berkenaan, tidak dapat dipastikan tetapi ada yang mendakwa ia dinyanyikan oleh sebuah kumpulan tiga beradik lelaki yang pernah terkenal di tahun 90-an.

Pengguna laman sosial Facebook merasakan lagu berkenaan agak ‘biadap’ dan ada yang menyatakan niat untuk memboikot kumpulan berkenaan.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.