`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, February 22, 2015

Lelaki Berjudi Mirip Adun DAP Hairan Apa, Peminun Arak Mirip Menteri UMNO Pun Ada!

 
Salah satu gambar yang kini tersebar di media sosial. 

KL: Lelaki berjudi mirip Adun DAP nak hairan apa? Peminun arak mirip menteri UMNO pun ada! Beberapa keping gambar seorang lelaki yang didakwa mirip Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP-Selangor terlibat dalam aktiviti perjudian dengan sebuah kumpulan lelaki semasa Tahun Baru Cina tersebar menjadi viral di media sosial.


Gambar-gambar berkenaan, dipercayai diambil menggunakan telefon bimbit, menunjukkan seorang lelaki dengan bajunya tidak dibutangkan sedang mengedarkan kad poker kepada beberapa lelaki lain di sebuah meja.

Terdapat kad permainan beserta wang tunai di atas meja itu. Ketika dihubungi oleh sebuah akhbar berbahasa Cina, Adun terebut mengakui telah melihat gambar tersebut tetapi enggan memberikan komen.

Pengurusan Jawatankuasa Disiplin DAP, Tan Kok Wai berkata, aktiviti perjudian tidak sepatutnya dilakukan di mana-mana pejabat parti itu. Bagaimanapun beliau enggan mengulas sama ada parti tersebut turut melarang ahlinya daripada terlibat dalam aktiviti perjudian, sambil mengatakan bahawa belum melihat gambar-gambar yang tersebar di media sosial itu.

Ada yang gambar mirip menteri UMNO minum arak kencing syaitan.. Dalam UMNO pula boleh ka ahlinya minum arak? Mana undang-undang melarangnya? Bahkan ahli UMNO sendiri ramai yang tak Islam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.