`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, March 1, 2015

Lelaki ini sibuk jaja pil seks di masjid



Bangi: Seorang peniaga warga emas dikesan mengambil kesempatan menjaja pil perangsang seks kepada orang ramai yang menunaikan solat Jumaat di masjid Seksyen 9, Bandar Baru Bangi di sini.

Lelaki berusia 60-an itu dikesan membuka gerai jualan di kawasan meletak kenderaan di masjid itu setiap hari Jumaat.

Ketua Cawangan Penguat Kuasa Farmasi (CPF) Selangor Adnan Salimin berkata, pihaknya mendapat aduan berhubung kegiatan keterlaluan lelaki terbabit yang menjual pil rangsangan seks haram secara terbuka.

Menurutnya, ada antara jemaah masjid itu membuat aduan kepada pihak CPF Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung tindakan ‘kurang manis’ lelaki terbabit yang menjual pil perangsang seks haram di pekarangan masjid.

“Susulan itu sepasukan lima pegawai CPF melakukan intipan sebelum mendapati lelaki terbabit mula berniaga seawal jam 11 pagi semalam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.