`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, February 19, 2015

Maksiat - Kerana Janda Muda ! Hancur Rumahtangga

Pedih ke, pilu ke, sedih ke.. Teringat cinta lama ker... Itulah yang banyak terjadi pada pasangan suami isteri. Bukan hari ni jer.. Dari dulu sampai sekarang. Jika ditanya, mana silapnya. Apakah belum cukup segala yang diberikan, apakah belum cukup nafkah batin yang diberi.. Segalanya tertanggungjawab diatas pasangan itu sendiri. Tak kiralah yang berkopiah ke, yang rock ke, bila diri menjadikan nafsu sebagai tujuan utama untuk hidup. Segalanya tidak pernah cukup.. Nafsu seks, Nafsu kemewahan, Nafsu Kekayaan, Nafsu Kuasa.. Pelbagai jenis nafsu la.. Pokoknya terletak pada diri kita sendiri, sejauh mana cinta kita terhadap seseorang, sejauh mana peringatan kita tentang azabnya siksaan kubur, peringatan kepada kita dunia selepas kematian yang pasti.. Those yang dah baca cerita ni ke, yang baru nak baca kisah ni ke. Jadikan pengajaran untuk kita sentiasa ingat pengorbanan seseorang terhadap kita dan pengadilan yang akan kita tempuhi di padang mashar nanti..

Quotes :
Luluh hati seorang isteri apabila mengetahui suaminya ditangkap khalwat bersama janda berusia 25 tahun yang juga jiran ibunya dalam kejadian di sebuah kondominium di Taman Sri Gombak, di sini, petang kelmarin.

Wanita berusia 40 tahun itu berkata, hatinya hancur apabila mengetahui suaminya tergamak melakukan perbuatan jijik itu bersama wanita lain tambahan pula janda berkenaan jiran kepada ibunya yang menetap di sebuah pangsapuri di Sri Gombak.

“Ibu kepada janda itu berkawan baik dengan ibu saya, malah mereka saling mengenali antara satu sama lain.

“Tidak sangka, selama ini mereka menjalinkan hubungan, malah sehingga ke bilik tidur,” katanya mengakui dalam proses perceraian bersama suaminya itu.




Wanita itu berkata, hubungannya dengan suaminya semakin retak sejak setahun lalu dan ia semakin memuncak sejak awal tahun ini gara-gara pihak ketiga.

“Sekiranya saya bertanya mengenai hubungannya dengan wanita lain, dia (suami) akan marah, malah membelasah saya dengan teruk.

“Bulan lepas, saya turut dihentak dengan telefon bimbit kerana cuba membaca mesej pesanan ringkas (SMS) dalam telefonnya.

“Bila didesak, suami tidak mengaku curang sehinggalah saya diberitahu dia tangkap khalwat,” katanya yang pernah membuat laporan polis berhubung tindakan suaminya.

Ibu kepada dua anak itu berkata, dia reda dengan apa yang berlaku walaupun suaminya tergamak menduakannya selepas 12 tahun hidup bersama.

“Saya hanya berserah kepada takdir, kalau perpisahan menjadi penyelesaian, saya reda demi kebaikan saya dan anak,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.