`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, February 4, 2015

Najib pertahan Ismail Sabri, seruan boikot bukan untuk kaum tertentu

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengatakan kenyataan boikot beliau tidak tertumpu kepada kaum Cina sahaja. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Februari, 2015. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengatakan kenyataan boikot beliau tidak tertumpu kepada kaum Cina sahaja. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Februari, 2015. 
Datuk Seri Najib Razak hari ini mempertahankan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dianggap mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman menggesa pengguna Melayu memboikot peniaga Cina, mengatakan kenyataan menteri pertanian dan asas tani itu tidak ditujukan kepada kaum tertentu.
Perdana menteri berkata, Ismail menegur semua peniaga yang enggan menurunkan harga barang walaupun Putrajaya menurunkan harga runcit minyak dan diesel turun.
"Teguran yang dibuat beliau ditujukan kepada semua peniaga dan bukan kepada peniaga daripada kaum tertentu.
Katanya, kabinet hari ini dimaklumkan mengenai kenyataan Ismail pada Ahad yang dibuatnya di media sosial, menjadi viral dan menerima pelbagai respon baik positif mahupun negatif.
Ismail dalam tulisan di posting Facebooknya menyeru pengguna, yang majoritinya orang Melayu menggunakan kuasa membeli mereka bagi memboikot golongan peniaga, yang majoritinya di kalangan kaum Cina, yang "liat turunkan harga barang walaupun minyak turun harga."
Penyokong dan pengikutnya memuji keberaniannya bersuara manakala masyarakat Cina ramai yang menyuarakan bantahan, terutamanya dari kalangan pemimpin DAP termasuk juga dari MCA, menggelarnya bersifat perkauman.
Najib menegaskan di dalam kenyataannya hari ini, kerajaan Barisan Nasional akan terus membela dan menjaga kepentingan semua kaum.
"Oleh itu, sebarang pertelingkahan yang boleh menuju kepada polarisasi kaum di negara ini tidak sepatutnya dipanjangkan kerana ia hanya akan membawa kemudaratan kepada kita semua," katanya.
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.