`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, February 16, 2015

OPS MAKSIAT,SAYA HANYA NAK BERSEDAP

Seorang lelaki mengaku tidak mahu berkahwin dengan pasangannya ketika ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP) dalam operasi cegah maksiat sempena Hari Kekasih, awal pagi, semalam. 

Dia bersama pasangannya yang merupakan seorang janda itu dicekup ketika berada di dalam sebuah hotel bajet di Bukit Tambun, di sini.



Mereka antara lima pasangan kekasih ditahan dalam operasi yang bermula kira-kira jam 2.30 pagi dan berakhir empat jam kemudian di sekitar Seberang Perai Tengah di Seberang Perai Selatan.

Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasa Khairul Azman Adnan berkata, kebanyakan pasangan diperiksa gagal menunjukkan sijil pernikahan.

Kesemua pasangan itu ditahan di bawa ke Pejabat Agama Daerah Seberang Perai Utara siasatan lanjut.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.