Palanivel dalam satu kenyataan hari ini berkata cadangan seperti yang diumumkan Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor adalah amat membimbangkan.
Tengku Adnan memberitahu sidang media di Putrajaya awal hari ini penubuhan sekretariat khas ditadbir urus oleh BN dicadangkan untuk membantu MIC menjalankan pembersihan dalam bahagian dan cawangan serta mengadakan pemilihan semula parti.
"Ini tidak boleh diterima sama sekali. BN tidak mempunyai bidang kuasa walau apa pun untuk mengambil alih pentadbiran atau menjalankan pemilihan parti kerana bercanggah dengan peruntukan dalam Perlembagaan MIC serta Akta Pertubuhan, 1966," kata Palanivel.
"Walaupun MIC ialah parti komponen dalam BN, MIC masih sebuah parti politik mengikut haknya sendiri dan tertakluk di bawah Perlembagaan parti. Barisan Nasional perlu menghormati perlembagaan MIC dan tidak menceroboh urusan pentadbiran MIC," katanya. – Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.