`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, February 18, 2015

PEKERJA HOTEL BAJET DIROGOL KENALAN

Seorang penyambut tetamu hotel bajet di Jalan Rock mendakwa dirinya dirogol oleh seorang kenalan di sebuah kawasan semak di Tabuan Dayak, di sini.

Menurut sumber, gadis yang berusia awal 20-an itu menaiki kereta bersama lelaki tersebut sebelum suspek mendakwa kenderaan tersebut rosak.



Lelaki itu dikatakan menyuruh mangsa keluar dari tempat duduk belakang untuk membantu menghidupkan kereta sebelum menerkam dan menindih mangsa lalu merogol mangsa di kawasan semak.

Mangsa kemudian disuruh pulang dengan menaiki teksi.

Suspek juga sempat mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan agar mangsa tidak memberitahu orang lain mengenai perkara tersebut.

Laporan polis telah dibuat untuk siasatan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.