`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, February 25, 2015

Remaja Perempuan Dipaksa Lakukan Seks. Ini Bukan Salah BN?

Apakah UMNO/BN terlepas dari tanggung jawab atas apa yang berlaku kepada rakyatnya di dunia dan akhirat? Bagai kepimpinan dalam Islam?

Remaja Perempuan Dipaksa Lakukan Seks Dengan Individu Tidak Dikenali
MELAKA: Seorang lagi remaja perempuan dari Masjid Tanah mendakwa dirinya hampir dijadikan pelacur oleh kenalan lelakinya. Insiden berkenaan berlaku hanya tiga minggu selepas seorang bapa merempuh masuk ke dalam sebuah rumah untuk menyelamatkan anak perempuannya yang berusia 13 tahun daripada menjual dirinya sebagai hamba seks.

Dalam laporan polis tersebut, remaja perempuan Tingkatan Dua itu mendakwa kenalan lelakinya mengugut untuk menjualnya sebagai pelacur di Thailand sekiranya dia enggan melayan beberapa rakan lelakinya. Remaja tersebut mendakwa kejadian itu berlaku pada pukul 3 pagi 3 Ogos lalu, ketika dia sedang bersiar-siar di sebuah resort di Pengkalan Balak, Alor Gajah bersama-sama dengan kenalan lelakinya yang hanya dikenali dengan panggilan Gemok

Gemok kemudiannya menyerahkan remaja berkenaan kepada tiga orang individu yang tidak dikenali.
Mereka kemudiannya membawa mangsa ke sebuah lagi chalet sebelum merogolnya. Suspek mendakwa mereka telah membayar sejumlah wang kepada Gemok untuk mendapatkan perkhidmatan seks daripada remaja perempuan berkenaan.

Ketika dihubungi saudara remaja perempuan tersebut berkata mangsa mengaku dirinya telah melakukan kesilapan yang cukup besar kerana dengan mengikut Gemok pada malam kejadian.

"Kami telah membuat laporan polis dan biar siasatan mengesahkan sama ada Gemok terlibat dengan sebarang sindiket pelacuran di Thailand," katanya.

Dalam laporan polisnya, mangsa mendakwa dia dirogol. Tidak diketahui sama ada dia diberikan dadah sama seperti kes terhadap remaja yang dilaporkan berlaku di Merlimau,

Pada 7 Ogos lalu, The Star melaporkan, seorang lelaki berusia 47 tahun berjaya menyelamatkan anak perempuannya yang bersuai 13 tahun daripada menjadi pelacur pada 26 Julai lalu selepas lelakinya yang berusia 26 tahun menjual remaja berkenaan sebagai pelacur kepada sembilan orang lelaki.
Di Merlimau, seorang remaja perempuan di bawa ke hotel dan diberikan dadah serta menerima RM20 daripada teman lelakinya bagi setiap perkhidmatan seks yang diberikan.
Ayah kepada empat cahaya mata itu berkana anak perempuannya merupakan seorang pelajar yang cemerlang dalam pelajar hinggalah dia terjebak dengan kumpulan budak nakal selepas tamat peperiksaan UPSR.
Menurut ahli perniagaan itu, anak perempuannya melarikan diri dari rumah kali pertama dengan teman lelakinya Oktober tahun lalu.
Mangsa menghilangkan diri selepas keluar makan malam bersama teman lelakinya bagi meraikan kejayaannya mencapai 3A dalam UPSR.
 
Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Soalnya sekarang, apa saja yang berlaku di negara ini adakah terlepas dari tanggung jawab pemimpinnya? Adakah UMNO/Perikatan/BN yang memerintah sejak merdeka dulu terlepas dari tanggung jawab mencorakkan rakyatnya seperti yang ada sekarang? 
 
Itulah silapnya UMNO yang mengaku perjuangkan Islam tetapi menolak menjadikan Islam sebagai asas pemerintan negara. Pada hal peranan dan tanggungjawab kerajaan Islam amat sesuai untuk membangunkan rakyat, baik rohani mahupun jasmani. Membawa kebahgiaan di dunia dan akhirat. 
 
Ringkasnya sila lihat Al-Mawardi dalam buku al-Ahkam al-Sultaniyyahmenjelaskan antara tanggungjawab kerajaan Islam ialah menjaga kepentingan agama dan mentadbir urusan negara dan umat.  

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.