`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, February 3, 2015

Salahkah Melayu nak berniaga, soal Nong Chik selepas dakwaan blog

Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata beliau sudah lama berkecimpung dalam perniagaan dan memperjuangkan penglibatan Melayu dalam arena itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Februari, 2015.Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata beliau sudah lama berkecimpung dalam perniagaan dan memperjuangkan penglibatan Melayu dalam arena itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Februari, 2015.
Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin membidas pendedahan sebuah blog yang mempersoalkan cek bernilai lebih RM12 juta yang diterima atas namanya dan isteri, mengatakan ia merupakan aset miliknya yang sah, hasil perniagaan dan pelaburannya selama ini.
Kecewa dengan sikap sesetengah pihak yang mempertikaikan kebolehan orang Melayu berniaga, bekas menteri Wilayah Persekutuan dan kesejahteraan bandar itu berkata, wang miliknya itu dari sumber yang sah, direkodkan dengan pihak berwajib.
“Itu saya punya aset sendirilah. Sebelum saya menteri, saya dah ada dah aset tersebut. Itu persendirian. Saya dah berniaga lebih 30 tahun. Dalam perniagaan dan pelaburan saya, semua saya isytihar semasa jadi menteri.
Nong Chik berkata beliau adalah peniaga tulen yang sejak 30 tahun lalu memperjuangkan legasi Melayu dalam arena perniagaan.
Katanya, rekod perniagaannya dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan boleh diperiksa jika ada mana-mana pihak yang sangsi tentang sumber kewangan itu. 
“Tak mungkin tiada orang Melayu yang berjaya dalam perniagaan, apatah lagi saya sudah berniaga lebih 30 tahun, yang sebelum itu dimulakan bapa saya.
“Bapa saya pun ada aset sampai beratus juta. Kalau itu pun orang Melayu tak boleh buat, siapa lagi Melayu yang nak berniaga ini? Orang Melayu tak boleh berniaga ke?” katanya kepada The Malaysian Insider.
CheguBard (gambar, kanan), merujuk jumlah besar wang dimiliki Nong Chik, mempersoalkan adakah seorang bekas menteri mampu memiliki aset bernilai jutaan ringgit.
“Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) teruslah tutup mata, rakyat bodoh bawah ini kamu hambat dengan cukai pelbagai tetapi yang di atas itu berapa ya cukai yang dibayarnya?
“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) teruslah membuta, lebih baik tangkap kes sarjan ambil rasuah RM50 banyak-banyak untuk turunkan indeks rasuah negara.
“Senang kerja dari tangkap jerung siasat bagai nak gila akhirnya buang kes pula,” katanya menerusi blognya chegubard.blogspot.com.
Menjelaskan gambar cek yang dimuat naik di blog CheguBard itu, Nong Chik berkata ia deraf bank yang dipindahkan dari satu bank ke bank lain bagi memastikan dividen bulanan tidak terlepas.
“Bank deraf itu dikeluarkan dari Maybank. Ada pelaburan yang saya tukar dari CIMB kepada Amanah Saham yang disyaratkan menggunakan bank deraf, supaya tidak terlepas satu bulan dividen.
“Semua transaksi ada rekod pihak berwajib,” kata ahli Majlis Tertinggi Umno itu yang juga menyatakan kesediaan bertemu CheguBard agar persoalan yang diutarakan menerusi blognya terjawab.
Beliau yang berada di luar negara ketika ini juga menimbangkan mengambil tindakan undang-undang sekiranya CheguBard tidak menarik balik kenyataannya itu.
“Saya bersedia berjumpa dengannya supaya ditarik balik kenyataan itu. Kalau tidak, mungkin saya kena ambil tindakan undang-undang kerana ia menjejaskan reputasi saya.
“Tiada apa yang saya mahu sorokkan,” katanya.
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.