`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, February 23, 2015

Salji di bumi Arab Saudi

Semalam bumi padang pasir tandus Arab Saudi dilanda salji dan sebahagian besarnya wilayah Al-Aqlan di Tabuk.

Ia dipercayai ekoran tempias cuaca sejuk yang kini sedang melanda Turki, Jordan, wilayah Palestin dan Lubnan.

Laporan Associated Press (AP) menyebut bahawa jurucakap media bagi Jabatan Pertahanan Awam Tabuk, Kolonel Mamdouh Al-Enzi berkata, pihak­nya sedang membuat persiapan menghadapi kemungkinan cuaca buruk.

Beliau menasihatkan penduduk supaya berhati-hati semasa memandu dan mengelak kawasan lembah dan kawasan berbahaya.

Salji dijangka meliputi beberapa kawasan di utara Arab Saudi mi­nggu ini termasuk di Al-Jouf, Rafah dan Tareef.

Arab Saudi turut dilapor menerima salji pada awal Januari lalu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.