`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, February 2, 2015

Saya hanya tuju kepada peniaga Cina degil, kata Ismail Sabri

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kenyataan beliau yang kini menjadi viral di laman sosial disalahertikan, kerana beliau merujuk kepada peniaga Cina yang degil tidak mahu menurunkan harga sahaja. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Februari, 2015. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kenyataan beliau yang kini menjadi viral di laman sosial disalahertikan, kerana beliau merujuk kepada peniaga Cina yang degil tidak mahu menurunkan harga sahaja. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Februari, 2015. 
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengatakan kenyataannya agar kaum Melayu memboikot peniaga Cina tidak ditujukan kepada semua, tetapi hanya kepada pemborong dan peniaga yang degil tidak mahu menurunkan harga barang.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata, kenyataannya yang menjadi viral di laman sosial, sebenarnya bertujuan meminta rakyat menggunakan kuasa dan hak mereka sebagai pengguna bagi menekan peniaga yang mengaut keuntungan berlebihan.
"Tentang Melayu untuk boikot peniaga Cina itu saya respon kepada FB yang mana mereka marah-marah kepada peniaga-peniaga Cina yang degil tidak mahu turunkan harga," kata Ismail dalam satu kenyataan hari ini merujuk kepada laman sosial Facebook.

"Jadi prinsipnya sama iaitu mereka majoriti dan gunakan kuasa majoriti dan tidak hanya merungut dan bercakap dalam FB semata-mata."

Ismail berkata, tindakan pemborong dan peniaga yang tidak menurunkan harga barang selepas penurunan harga minyak dilihat seolah-olah satu sabotaj untuk menaikkan kemarahan rakyat kepada kerajaan.

"Bagi saya, pengguna tidak harus mengharapkan kepada kerajaan semata-mata untuk lindungi diri mereka dari kenaikan harga, tetapi perlu gunakan kuasa mereka sebagai pengguna untuk turunkan harga seperti boikot dan sebagainya.

"Pengguna majoriti manakala peniaga adalah minoriti... tentu kuasa majoriti mampu mengatasi suara minoriti," katanya.
hari ini.

Dalam komennya di Facebook semalam, Ismail dipetik sebagai berkata "Maaf saya beri pandangan... selain daripada KPDNKK yang patut gunakan akta kawalan harga & anti pencatutan untuk ambil tindakan kepada peniaga yang naikkan harga tanpa sebab munasabah... kuasa yang terbesar ada pada pengguna.

"Majoriti pengguna adalah Melayu. Cina adalah minoriti. Kalau Melayu boikot perniagaan mereka, mereka tentu tiada pilihan untuk turunkan harga".
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.