`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, February 1, 2015

Sedih Melihat Keadaan Seniman Tan Sri Jins Shamsuddin Kini Kurus Uzur



Sudah lama tidak mendengar khabar seniman veteran Tan Sri Jins Shamsuddin, 80 yang mengalami penyakit alzheimer sejak empat tahun lalu.

Menerusi blog c2sini.blogspot.com sungguh terkejut melihat susuk tubuh nya kini yang semakin kurus dan beliau kelihatan cukup uzur.

Bila tarikh gambar berkenaan dirakamkan tidak dimaklumkan di dalam artikel di blog berkenaan.

Isterinya, Puan Sri Halijah Abdullah, 54, memberitahu suaminya sukar mengingati perkara-perkara lalu namun tidak pernah berhenti daripada memikirkan soal pekerjaannya.
"Dia sudah tidak ingat orang, kadang-kadang dirinya sendiri di televisyen pun dia tidak kenal. Keadaan ingatan dia semakin lama semakin serius.

"Tapi setiap hari dia akan bercakap tentang kerja dan ingin ke Finas untuk bekerja, jika kita bawa dia bercuti pun dia akan suruh balik awal sebab ada urusan kerja katanya," ujar Halijah.

Sama-sama kita doakan agar Tan Sri Jins sentiasa diberi kesihatan untuk terus bersama keluarga nya.

Jins Shamsuddin atau nama sebenarnya Mohamed Zain Shamsuddin dilahirkan pada 5 November 1935, tahun ini berusia 80 tahun dan berjaya menjadi pelakon atas bimbingan Allahyarham Tan Sri P Ramlee pada sekitar 50-an dan 70-an.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.