`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, February 17, 2015

Segelas air suam 80 sen

"Bukan soal tak ada duit tetapi kalau air suam gelas kecil kena bayar 80 sen, itu namanya peniaga cekik darah pengguna,".

Nada sakit hati itu disuarakan oleh seorang guru, Aziz Arshad selepas membayar bil makanan di sebuah restoran bertaraf kopitiam.

Sambil menunjukkan bil kepada wartawan MalaysiaGazette, Aziz berkata, peniaga seperti itu tidak wajar diberi lesen berniaga.

"Sangat melampau yang saya tak boleh nak luahkan. Sakit hati betul sebab kalau di hotel lima bintang pun air suam langsung tak kena caj.

"Minumlah berapa jag pun, satu sen pun tak masuk dalam bil. Ini cuma restoran biasa. Ada baiknya dia naikkan harga makanan biar kita tak sedar," katanya.

Jelasnya, harga 80 sen itu belum termasuk cukai perkhidmatan 10 peratus yang menjadikan harga sebenar 88 sen.

"Saya dah hidup 46 tahun dan ini kali pertama saya rasa seperti ditindas peniaga yang memang sengaja nak 'cekik' pengguna.

"Biarpun cuma 80 sen, ia cuma air suam kosong. Lebih baik beli air mineral botol yang harganya RM1," ujarnya.

Tambah Aziz lagi, pihak berkuasa perlu membuat pemantauan ke atas peniaga seperti ini untuk diambil tindakan.

"Kalau didiamkan perkara ini, peniaga cekik darah seperti ini akan terus bermaharaja lela menekan orang ramai," katanya. - MalaysiaGazette

1 comment:

  1. Batal je lesen kedai tu tak kira kedai sapa pun.. melampau ni...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.