`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, February 25, 2015

Sirul bebas buat panggilan telefon – Imigresen Australia

Sirul_InterpolSirul Azhar Umar, bekas anggota komando yang kini dalam tahanan Jabatan Imigresen dan Perlindungan Sempadan Australia bebas untuk menghubungi media atau membuat panggilan telefon mengikut kehendaknya sendiri pada bila-bila masa, lapor Astro Awani.
Jawapan yang diterima Astro Awani melalui kiriman e-mel rasmi mengesahkan tentang perkara tersebut.
“Secara amnya, jabatan ini tidak akan mengelolakan sesi temu bual dalam kawasan penahanan atas faktor operasi. Namun, individu yang ditahan bebas untuk menghubungi media mengikut kehendak mereka,” ujar pegawai yang hanya menamakan diri sebagai David.
Dalam pada itu, peguam yang mewakili Sirul, Hasnal Rezua Merican juga berkata Sirul dibenarkan membuat panggilan telefon.
“Sirul ditempatkan di sebuah bilik. Namun, jangan dibayangkan seperti penjara kerana ia adalah pusat tahanan. Sirul bebas bergerak di beberapa ruangan lain di dalam kawasan pusat tersebut.
“Saya difahamkan, selain dibenarkan membuat panggilan telefon, dia juga memiliki akses kepada internet,” ujar Hasnal.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.