`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, February 20, 2015

Sirul tak kredibel jika tak jawab dua soalan


Sirul buat dakwaan mengarut berikut:





Kami membaca pula TMI SINI yang mengatakan Sirul tak mungkin tahu siapa yang suruh dia bunuh Altantunya. Dia dapat arahan dari Azrilah. SIRUL TAK MUNGKIN TAHU!!!

Penulis TMI itu membuat spekulasi bahawa Azilah akan dihukum mati untuk tutup siapa yang sebenar bunuh.

Dalam hal ini, fakta mahkamah jelas mengatakan Azilah dapat arahan dari Musa Safri tapi dia salah faham arahan "take care". Agak silap Musa Safri guna bodyguard UTK sebab patut minta tolong OCPD.


Memang ada persoalan kenapa Musa Safri tidak di letakkan d kandang saksi untuk menjawab. Namun pendakwaan tidak perlu dia untuk buat kes.

Maka  kenapa pembelaan tak guna dia sebagai saksi? Adakah pihak pembelaan mohon letak Musa Safri jadi saksi? Mungkin sudah dipohon tapi ditolak mahkamah.

Isu lebih besar.

Kenapa Sirul dan Azilah tidak jadi saksi dan pertahankan diri mereka ketika perbicaraan??? 

Sirul perlu jawab ni. Satu lagi:

Jika Sirul ada hal untuk dedah, kenapa dia tidak bawa dan dedahkan di mahkamah?

Soalan tambahan ... di atas pelbagai pihak dah kompang seolah-olah Najib terasa dan tak perlu beri reaksi. Rasanya, Najib faham apa tujuan dan permainan pembangkang yang terlibat bawa lari Sirul ke Australia. Dah banyak kali dia dihubungkaitkan.

Sekarang peguam yang diambil Sirul adalah peguam muda yang hebat dan berani.

Tak akan peguam ini tidak kejar Dato Najib dan cari bukti-bukti terhadap Najib jika Najib terlibat demi nak selamatkan anak guamnya? 

Kita tahu pelbagai pihak persoalan kenapa takde motif dan kenapa Razak Baginda tak didakwa bersama. Tapi ini semua isu-isu perundangan, bukti, motif dan fakta.

Yang ini Sirul perlu jawab dulu.

Jangan lah bawak isu Altantunya nak komisyen ... fakta dan dokumen akan tunjukkan pandangan itu bodoh, bahalol, goblog dan tongong tahap gabang.

Orang buta huruf tak membaca saja yang percaya hal begini.

Benda ni semua dah masuk court dan ada bukti serta document, maka bercakap guna fakta dan bukan "AKu rasa ..." atau "Ah ... ini mesti punya ....!!!"

Tanya balik apa fakta dan dokumen????

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.