`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, February 19, 2015

Solidariti Bersama Anwar- Bahagian 2



Kita siarkan bahagian ke2- terjemahan dan interpretasi tulisan walla. Naratif asas dari tulisan Walla tapi diperlakukan rekonstruksi oleh saya.
Bahagian ke-2.

Apa jawapan nya? Yakni apa puak pro UMNO akan terangkan kepada rakyat, apa sebenarnya yang Anwar telah lakukan?

Benarlah kerajaan bagi pihak budak yang bernama Saiful, berjaya menjelkan Anwar atas pertuduhan  Anwar tidak mendisiplinkan konek nya supaya hanya  menyinggahi pelabuhan perempuan- perkara itu, sama ada fakta ataukarangan, akan didebatkan tidak henti henti.

Mungkin mahkamah yang bebas dari motivasi politik akan menghasilkan keputusan yang lain. Contention dan keperayaan puak pro Anwar ialah, keputusan yang dibuat hari ini, ialah kerana pendakwaan Anwar adalah suatu yang di motivasikan oleh kepentingan politik.

Yakni, Anwar mesti dibenam dengan apa cara sekali pun, kerana Anwar itu seorang insan yang bahaya yang mengancam keberadaan UMNO. Kelantangan Anwar mengecam  dan mendedahkan pelbagai bentuk kezaliman dan tyranny , menakutkan mereka yang berkuasa.

Objektif politik, ialah mendapat dan mengekalkan kuasa. Ini ada seorang insan yang menggugat kelansungan hayat pemegang kuasa , maka segala usaha mesti dilakukan untuk menyekat si bedebah Anwar.

Masaalah nya ialah: jika Anwar diketepikan, adakah misi mereka yang sepemikiran Anwar akan undur? Jawapan nya seperti yang selalu di laungkan oleh Anwar- lawan tetap lawan.

Saya telah menulis dalam satu artikel terdahulu, bahwa kita tidak perlu sayang atau cintakan Anwar untuk bersetuju bahawa apa yang Anwar suara dan juarakan- yakni melawan kezaliman mesti diteruskan. Kita tidak perlu sukakan Anwar untuk bersetuju misi yang dijuru-bicarakan Anwar dengan lebih baik dari orang lain, mesti kita dukung secara berterusan.

Buat waktu ini, puak pro UNO telah berjaya menjelkan Anwar dengan bersenjatakan pendakwaan yang berterusan yang bermotif politik. That Anwar’s prosecution is politically motivated tidak dapat diselindung lagi. 

Jika tdak di motivasikan oleh politik, bagaimana kita terangkan lantikan Shafee Abdullah sebagai pendakwa raya menggantikan Ghani Patail yang sudah di discredited sebagai AG dan dokongan seluruh jentera kerajaan keatas pendaakwaan Anwar?

Atau kenapa kerajaan menggunakan segala sumber yang ada pada nya untuk mengenakan Anwar jika ini kes mudah? If it’s an open and shut case, why devote all resources to convict Anwar?

Jika bukan politically motivated, bagaimana kita terangkan betapa bernafsunya puak anti Anwar ini, sesudah Anwar dijelkan, mahu menjelajah negara menerangkan kes sodomi 2 ini?

Tapi- silakan.

Kita sangat mengalu ngalukan KJ dan bala tentera menjelajah seluruh negara dan mendidik rakyat terutama nya orang Melayu apa yang Anwar telah lakukan? Itu hanya akan megejutkan naga yang sedang tidur.

Nyatalah, Malaysia negara tersayang kita,  mempunyai penghormatan yang dubious sebagai satu2 nya negara yang meletakkan masa depan nya dengan bergantung kepada keadaan lubang punggung seorang manusia!. Tambah pulak dengan negara ini dipimpin oleh PM yang paling lembab kita ada sejak Tunku Abdul Rahman.

Sayang sekali, puak pro UMNO yang anti Anwar ( kerana mereka hanya membenci Anwar)  dengan sikap mereka sebagai omnipotent moral busybody, tidak mampu memberi jawapan apa2 kepada rakyat.

Mereka tidak ada jawapan lain selain mengkakak-tuakan bahawa Si Anwar itu peliwat. Ramai peliwat di Malaysia, tapi hanya Anwar yang kena.

Jangan kita harap apa2 jawapan daripada gerombolan yanghee-haw macam badut2 dalam perhimpunan agung umno. Mereka telah lama menguburkan suarahati mereka untuk mengejar kepentingan peribadi yang bertopengkan slogan AlifBaTa  serta mengUMNOfikasikan Malaysia dengan mengorbankan negara ini dan memusnahkan nilai2 orang Melayu. 

Adakah orang Melayu akan terus sanggup diperlakukan sebagai 'useful fools' dan 'useful idiots'? 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.