`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, February 10, 2015

TELCO GERGASI TIDAK ADIL KEPADA RAKYAT.....di mana dan siapa yang bersalah? Bahagian 2



Blog ini mengambil serius terhadap ketidak adilan kos panggilan IDD yang terlalu murah bagi rakyat pendatang Bangladesh berbanding dengan panggilan tempatan dinegara ini. Seperti yang disebutkan sebelum ini telefon bimbit merupakan perkara asas dan ianya adalah cara hidup rakyat termasuk rakyat yang ramai kini.

Kita mesti akui yang 60 (%) peratus dari rakyat negara ini mempunyai purata pendapatan RM1,500 sebulan dan mengurangkan kos panggilan tempatan ini merupakan satu usaha yang sangat penting dan bermakna bagi rakyat yang rata-rata sedang dihimpit oleh kos sara hidup yang tinggi sekarang.

Malahan kerajaan patut mengambil isu ini dengan serius kerana jika panggilan tempatan boleh dikurangkan, tindakan itu lebih berkesan dari pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM). BRIM hanya memberikan bantuan kepada ketua keluarga yang berpendapatan RM3,000 ke bawah, sedangkan pengurangan kos panggilan tempatan itu akan memberikan faedah kepada semua ahli dalam sesebuah keluarga, dan ia melibatkan semua lapisan masyarakat.

Ini bermakna jika sebuah keluarga lima orang, setiap ahli keluarga itu akan mendapat mengurangkan kos panggilan yang memberi makna mereka akan meningkatkan ‘disposal income’ bagi keluarga tersebut.

Jika setiap orang mendapat pengurangan kos panggilan ini sebanyak RM40 misalnya maka setiap bulan keluarga yang mengandungi lima ahli tersebut akan dapat menyelamatkan RM200 sebulan. Di sini sahaja keluarga ini akan menyelamatkan RM2,400 setahun sedangkan BRIM hanya memberikan tunai sebanyak RM900 setahun bagi ketua keluarga itu.

Gambarajah atau ilustrasi dibawah menguatkan lagi fakta dan hujah perlunya kerajaan mengambil serius isu ini:


MOBILE PRE PAID CALLING CARD PER MINUTE RATE


Domestic call
[ panggilan tempatan ]
International call
[ panggilan antarabangsa ]

U Mobile
(0.20/min)
Bangladesh  (0.14/min)
Australia       (0.75/min)
Maxis
(0.12/min)
Bangladesh  (0.07/min)
Indonesia     (0.11/min)
Celcom
(0.33/min)
Bangladesh  (0.48/min)
Singapore     (0.28/min)
DiGi
(0.36/min)
Bangladesh  (0.06/min)
   UK             (0.96/min)



Domestic call
[ panggilan tempatan ]
International call
[panggilan antarabangsa ]

Austalia (Telstra)
 ( 0.15 /min)
Malaysia      (0.85/min)
Indonesia     (1.15/min)
Singapore (Starhub)
( N/A /min)
·         First min 0.22, 0.8 per min thereafter.
·         $8 up to 99min
·         $15 up to 185min
Malaysia      (0.16/min)
Australia      (0.39/min)
Thailand (AIS)
Unable translate to Eng Language
(2Baht / 3 min)
Malaysia     (15Baht /min)
UK             (23Baht /min)
UK (Vodaphone)
Unable to retrieve information
(£10/ 150min)
(£20 / 500min)
Malaysia      (N/A /min)
Singapore     (N/A /min)
·         £10 = 60international min
·         £15 = 100 international min
·         £30 = 240 international min



Yang jelas sekarang kerajaan perlu melakukan sesuatu proaktif bagi memberikan peluang untuk mengurangkan kos kehidupan seharian mereka. Difahamkan yang isu ini telah dibawa kepengetahuan penggubal dasar kepada Kementerian yang bertanggungjawab, iaitu Menteri yang bertanggungjawab keatas KKMM, tetapi setakat ini belum ada apa-apa tindakan yang diambil oleh Menteri ini.

Jika mereka yang bertanggungjawab di Kementerian atau MCMC itu tidak mengambil tahu tentang isu ini maka elok pengguna sendiri melakukan sesuatu yang ‘organic’ untuk membawa keadilan kepada rakyat yang keseluruhannya sebagai pengguna kepada perkhidmatan ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.