`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, February 7, 2015

‘Tiada wang untuk tambang’ tetapi kini Sirul ada $$$ untuk peguam NZ



Pada satu ketika, pesalah yang dijatuhi hukuman mati Sirul Azhar Umar berkata dia tiada wang untuk pulang ke Malaysia. Kini dia menggaji peguam-peguam Australia bagi menghalang usaha ekstradisi.

Jadi dia ada wanglah! Soalnya: Di mana dia mendapat wang bagi membiayai pasukan guaman yang mungkin mencecah ribuan dolar Australia? Ada seseorang membayar untuk pihaknya?

Atau mungkin Sirul dibiayai kumpulan hak asasi di sana yang membantah keras hukuman mati ke atasnya?

Portal The Malaysian Insider melaporkan Sirul akan menentang perintah ekstradisi yang dihadapinya oleh pihak kerajaan Malaysia.

“Pasti akan ada perkembangan menarik tetapi saya tidak akan mendedahkannya sehingga segalanya selesai,” ujar peguamnya, Kamarul Hisham Kamaruddin.

Beliau menafikan Sirul ditahan kerana melanggar undang-undang imigresen Australia. Kata Kamarul anak guamnya hanya ditahan di pusat tahanan kerana Interpol meletakkan kod merah ke atasnya.

Nampaknya misteri pembunuhan wanita Mongolia akan kekal menghantui Malaysia.

Kes tersebut sampai ke kemuncak apabila Sirul dan Azilah Hadri dijatuhi hukuman mati, tetapi ia tidak akan tamat begitu saja.

Sirul kini nampak punyai wang untuk mempertahankan diri agar dapat kekal di Australia.

Putrajaya dilihat sedaya-upaya ingin membawanya balik ke Malaysian bagi dijatuhi hukuman, manakala Australia pula enggan menghantarnya selagi hukuman mati tidak dibatalkan.

Negara itu menentang keras hukuman mati dan sesiapa yang berhadapan hukuman tersebut tidak akan diektradisi.

Pada 29 Jan, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata sebarang usaha membawa pulang Sirul akan semakin sukar sekiranya Sirul mempunyai pasukan peguamnya.

“Saya mendengar terdapat pihak yang mahu membantu mendapatkan peguam bagi Sirul, agar dia tidak dapat dibawa pulang ke Malaysia,” katanya.

Jika begitu, wakil kerajaan Malaysia akan menghadiri sesi mahkamah dalam usaha membawanya kembali.

Apa akan jadi?

Sirul dilihat tidak akan pulang walaupun dia memiliki wang.

Dia memang tidak pernah berhasrat untuk pulang. Kerajaan Malaysia diperbodohkan olehnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.