`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, February 23, 2015

Tujuh pasangan khalwat dicekup

Tujuh pasangan khalwat dicekup
 
 
JOHOR BAHRU - Tujuh pasangan ditahan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (Jaij) dalam serbuan Ops Limau di beberapa hotel sekitar Taman Ungku Tun Aminah Skudai, di sini, kelmarin.

Ops yang bermula jam 11 malam dan berakhir 3.30 pagi itu diketuai Pegawai Penguatkuasa Jaij, Khairudin Mat Ali bersama lima anggota.

Pelbagai alasan diberikan semua pasangan terbabit bagi mengelak diri masing-masing dicekup mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Johor) 1997 kerana berkhalwat.

Begitu juga dengan seorang lelaki berusia 23 tahun yang mendakwa tidak berdua-duaan di dalam bilik hotel bersama seorang gadis berumur 21 tahun.

Lelaki yang bekerja sebagai juruselenggara itu memberitahu anggota dan pegawai operasi bahawa dia hadir untuk bertemu gadis terbabit hanya untuk seketika.

Malah, ketika kad pengenalan diminta untuk proses dokumentasi, lelaki itu mengakui tidak membawa dokumen pengenalan diri.

Manakala, gadis berkenaan yang mengakui kehadiran teman lelakinya itu mendakwa dia menginap di hotel berkenaan kerana cuba melarikan diri daripada lelaki itu selepas berlaku perselisihan faham antara mereka.

Dalam operasi sama, pihak penguatkuasa JAIJ turut menahan pasangan warga asing kerana didapati berdua-duaan di dalam bilik hotel.

Meskipun lelaki warganegara Bangladesh berusia 36 tahun yang bekerja sebagai tukang sapu itu mendakwa sedang mendapatkan khidmat urutan badan daripada wanita Indonesia berumur 40 tahun, mereka juga ditahan kerana khalwat.

Sementara itu, sepasang lelaki dan wanita masing-masing berusia 23 dan 24 tahun terdiam kaku  apabila diberitahu oleh anggota ops mereka terpaksa ditahan kerana berkhalwat.

Lelaki yang bekerja di Masai itu mendakwa tidak melakukan perkara tidak bermoral bersama pasangannya, sebaliknya cuma hanya mahu bermalam bersama kerana akan menghantar wanita berkenaan pulang ke Kuala Lumpur atas urusan kerja.

Kedua-dua mereka ditemui berpakaian lengkap sebaik sahaja memberi kerjasama daripada pihak penguatkuasa dengan membuka pintu hotel yang diinap.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jaij, Mohd Zamri Kambari, mengesahkan penahanan tujuh pasangan terbabit sepanjang Ops Limau dilakukan pihaknya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.